Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tertekan..

Go down

Tertekan.. Empty Tertekan..

Post  w@n$ tec Sat Oct 18, 2008 2:07 am

assalamualaikum,,,

tuan2 dan puan2 sekalian,,,ana ada seorang sahabat yg agak rapat, skrg die tension,,,ana pun xtau tension jenis ape yg dihadapinya...jd,, ade ape2 idea x utk menghilangkan tension die???hm,,,bg tau secepat yg mungkin ye,,, jazakumullahu khairan kathira,,,, Allahu robbi

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty menghilangkan tekanan secara ISlam

Post  TOKCIK Sat Oct 18, 2008 8:17 am

Para ulama menggariskan lima panduan bagi menghilangkan tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang muslim itu dengan cara-cara yang Islamik.

1. Membaca al-Quran disertakan dengan pemahaman maknanya.

Al-Qur'an adalah bacaan yang paling sesuai dalam segala suasana. Pada saat gembira, peringatan-peringatan yang ada dalam al-Qur'an mampu menjadi pengingat agar kita tidak lupa diri dengan kegembiraan tersebut. Manakala pada saat sedih, dengan membaca al-Qur'an terasa sekali dalam lubuk hati kita sentuhan kesejukan dari firman-firman Allah subhanahu wa taala.

Apabila gagal mencapai sesuatu yang diinginkan, maka pesanan-pesanan dalam Al-Qur'an akan mampu menawarkan kesedihan yang ada dalam hati kita. Dengan membaca Al-Qur'an, semangat yang hampir pudar kerana kegagalan tersebut akan beransur pulih kembali.

Firman Allah dalam surah al-Isra', ayat 82 (maksudnya): ``Dan Kami turunkan dari Al-Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.''

2. Berzikir mengingati Allah.

Firman Allah subhanahu wa taala (maksudnya): ``Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang,'' petikan ayat 28, surah ar-Ra'd.

Hanya dengan berzikir dan mengingati Allah akan menimbulkan rasa tawakal dan perasaan menyerah diri kepada Allah subhanahu wa taala.

Sekiranya apa yang kita telah peroleh itu luput atau hilang, maka dengan mengingati Allah subhanahu wa taala kita akan sedar bahawa kewujudannya mungkin adanya hanya akan memudaratkan kita. Dengan itu, yang timbul bukannya rasa kecewa atau sesal, tapi rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah subhanahu wa taala. Bukankah Allah yang paling mengetahui tentang keadaan dan kemampuan kita?

3. Berpuasa.

Antara hikmah puasa, di samping menunaikan tanggungjawab sosial terhadap sesama manusia, adalah untuk kesihatan. Dari segi rohani, puasa ternyata mempunyai kesan yang amat baik. Puasa secara tidak langsung melatih seseorang itu mengendali dan mengawal tuntutan hawa nafsu yang cenderung untuk melakukan perbuatan yang sesat.

Dalam aspek lain, dengan berpuasa seseorang akan berasa lebih dekat dengan Allah subhanahu wa taala, sehingga berasa lebih aman dan tenteram.

4. Solat malam.

Sembahyang sunat tahajud meskipun tidak wajib, namun umat Islam sangat digalak untuk melakukannya. Banyak ayat suci Al-Qur'an yang menunjukkan betapa penghargaan Allah terhadap hamba-hamba yang datang menemui-Nya, pada saat hamba-hamba yang lain sedang lena tidur.

Allah subhanahu wa taala menjanjikan kepada orang-orang yang bersegera menuju keredaan-Nya suatu darjat yang tinggi.

Firmannya dalam surah al-Isra', ayat 79 (maksudnya): ``Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu. Mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.''

5. Menziarahi saudara sesama muslim. Menghubungkan silaturahim dan merapatkan hubungan antara satu sama lain di kalangan masyarakat Islam mempunyai banyak hikmahnya.

Melalui silaturahim, ukhuwah atau tali persaudaraan yang mungkin retak menanti belah akan kembali utuh.

Dengan silaturahim, pelbagai persoalan yang penuh di kepala, dengan izin Allah, dapat dicari penyelesaiannya.

Dengan silaturahim, kita dapat saling berkongsi suka dan duka, berkongsi kesedihan, meluahkan perasaan sehingga beban berat yang dipikul terasa lebih ringan.

Di samping itu, berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran hanya akan terlaksana apabila tali ukhuwah kukuh terjalin.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud, Rasulullah s.a.w. bersabda (maksudnya): ``Di antara hamba-hamba Allah ada sekelompok manusia orang yang bukan nabi dan bukan syuhada, tetapi para nabi dan syuhada berasa tergiur dengan keadaan mereka, kerana kedudukannya yang mulia di sisi Allah.''

Para sahabat baginda bertanya: ``Wahai Rasulullah, siapakah mereka itu?'' Jawab baginda: ``Mereka adalah sekelompok orang yang memadu cinta kasih dalam mencari keredaan Allah, yang di antara mereka tidak ada hubungan kerabat dan tidak ada tujuan duniawi. Demi Allah, wajah mereka bercahaya, sedangkan mereka tidak berasa khuatir dan takut ketika orang lain dilanda perasaan khuatir dan takut. Mereka tidak berdukacita ketika orang lain menderita.'

p/s tokcik amik dari tulisan AZMAN CHE MAN..
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Re: Tertekan..

Post  TOKCIK Sat Oct 18, 2008 8:31 am

1. Jangan berburuk sangka kepada orang lain. Misalnya berburuk sangka bahwa orang lain selalu membicarakan keburukan anda.

2. Jangan selalu mengingat kesalahan diri sendiri di masa lalu. Perasaan bersalah akan mengakibatkan penyesalan yang dalam. Hal ini akan menyulitkan anda karena mengganggu fikiran dan tenaga anda. Dan akan menjadi sesuatu yang sia-sia, fikiran anda pun tidak akan maju, selalu memikirkan masa lalu yang mungkin permasalahannya sudah selesai. Anda akan menjadi orang yang penakut, tidak tegas, dan tidak percaya diri. Karana anda selalu takut mengulang kejadian-kejadian buruk di masa lalu. Padahal masa lalu itu adalah pengalaman yang sepatutnya boleh membuahkan hikmah dan dijadikan pengajaran untuk hadapi masa akan datang.

3. Jangan mengingat dan menyimpan kesalahan orang lain di masa lalu. Anda akan membenci orang tersebut secara terus menerus dan akan menjadi dendam. Setiap kali anda bertemu orang itu, fikiran anda akan selalu buruk dan boleh menimbulkan niat jahat. Jika hal ini sering anda lakukan, lambat laun kepribadian anda menjadi buruk. Cubalah untuk memaafkan kesalahan orang lain. Tidak perlu membesar-besarkan masalah yang boleh diselesaikan dengan senyum dan berjabat tangan. Mengalah lebih baik dari pada menambah musuh.

4. Jangan menyimpan kemarahan atau dendam. ceritakan kepada orang yang berkaitan (orang yang mengecewakan anda). Atau ceritakan kepada orang terdekat anda yang anda percaya (orang tua, saudara, atau sahabat). Seberat mana pun masalah, jika diceritakan kepada orang lain akan terasa ringan. Mungkin orang tersebut boleh memberi penyelesaian dari masalah anda.

5. Jangan menyimpan rasa dengki, iri, dan cemburu. Karena itu hanya menghabiskan tenaga anda tanpa hasil yang baik, atau sia-sia.

6. Hadapi kehidupan dengan berfikir positif (ambil yang baiknya). Lihatlah masalah dari semua sudut agar selalu berfikir positif.

7. Luangkan waktu setiap hari dengan kegiatan baru yang lebih baik dan tentunya bermanfaat.

8. Jangan membiasakan sikap terburu-buru. Tindakan yang dilakukan dengan terburu-buru akan menjurus pada kesalahan, penyesalan, dan tentunya akan membawa pada stress.

Apabila ada orang lain yang selalu memaksakan kehendaknya pada anda dan
membebani anda dengan permasalahannya, belajarlah untuk mengatakan tidak! Karena ini lebih baik dari pada anda menderita dalam hati, yang mungkin akan membuat anda selalu merasa tidak selesa. Rasa tidak selesa ini boleh mengganggu anda dalam melakukan kegiatan sehari-hari. Dan mungkin boleh merosakkan hal-hal penting dalam kehidupan anda.
Untuk menghindari hal ini usahakanlah agar jangan selalu bergantung pada orang lain. Berusahalah berdikari.

p/s ni tokcik amik dari org indnesia..
rabbit
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty kalu tokcik stress??

Post  TOKCIK Sat Oct 18, 2008 8:52 am

kdg2 org yg stress ni suka merapu sorg2..

kalu stress psl org...tokcik mmg merapu sorg2...rasa meluat ja ngn org tu tp bila tokcik pkir balik xdak guna r meluat2 ni sbb bukan org tu bleh berubah pon kalu kita merapu...kalu org tu wat slh ka wat tokcik skit hati ka...tokcik biaq ja lah sbb dia xkn terlepas dari segala perbuatan dia...xbaloi r kn dhla tokcik sakit ht dgn dia pastu tokcik kutuk plak...sakit ht kt dunia pastu kat akhirat nanti muflis plak sbb mengutuk ..xrugi rasa rugi ka gitu???jht mana pon seseorg kat kita...kita doakanlah moga dia berubah..

kalu stress psl kerja pulak..jenis tokcik ni akn settlekn segala kerja dlm 1 hari...depan laptop 24 jam utk settlekn kerja..yalah..stress punya psl..itulah kebaikan stress cheers kalu kerja yg xmelibatkn laptop pon tokcik akn settlekn dlm 1 hari kalu bulih...kalu x,asyik pikir psl kerja saja..tapi igt,kalo kita xlupa suruhan Allah...insyaAllah Allah permudahkan kerja kita..tngah buat kerja tu..masuk waktu solat terus p solat ok??

p/s kalu stress pasal apa lagi ya??no idea..
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty murung

Post  ... Sat Oct 18, 2008 9:06 am

Murung.

Renungkan..
Perwatakannya sentiasa ceria, murah senyuman dan ramah. Di pejabat dia pekerja contoh, tangkas berfikir dan kerjanya dibereskan sebelum jam enam petang.

Aktivitinya selepas waktu pejabat juga banyak, boleh dikatakan hampir setiap malam ada saja perjumpaan dengan rakan.

Namun tiba-tiba dia menghilang. Apabila seorang rakan memberitahu dia tidak datang kerja akibat kemurungan, semua orang terkejut. Tiada siapa menyangka orang sepertinya yang sentiasa kelihatan bersemangat dan ceria boleh mengalami kemurungan.

Dia bijak menyembunyikan kesedihan. Saat paling menyedihkan dan menekan perasaan adalah apabila balik ke rumah, terutama selepas berpisah dengan isterinya. Sukar baginya menerima hakikat orang tersayang sanggup meninggalkannya untuk hidup bersama rakan baiknya
Aktivitinya selepas waktu pejabat juga banyak, boleh dikatakan hampir setiap malam ada saja perjumpaan dengan rakan.

Namun tiba-tiba dia menghilang. Apabila seorang rakan memberitahu dia tidak datang kerja akibat kemurungan, semua orang terkejut. Tiada siapa menyangka orang sepertinya yang sentiasa kelihatan bersemangat dan ceria boleh mengalami kemurungan.

Dia bijak menyembunyikan kesedihan. Saat paling menyedihkan dan menekan perasaan adalah apabila balik ke rumah, terutama selepas berpisah dengan isterinya. Sukar baginya menerima hakikat orang tersayang sanggup meninggalkannya untuk hidup bersama rakan baiknya.
Bekerja keras, menghabiskan masa di pejabat atau bersama rakan adalah cara melindungi kesedihan. Kesedihannya terkunci dalam hati, jauh daripada pengetahuan keluarga dan teman rapat.
Selain menganggap masalah itu terlalu peribadi, dia tidak mahu dilihat sebagai lelaki lemah, apatah lagi di pejabat dia menjawat jawatan tinggi. Namun dia tidak sedar, keengganannya berkongsi masalah itu memakan diri sendiri.

Masih ramai beranggapan kemurungan berpunca daripada kelemahan jiwa. Malah, ada pengamal kesihatan menganggap kemurungan bukan isu besar kerana bagi mereka semua orang pernah mengalami perasaan sedih dan tanggapan ini menyebabkan masalah kemurungan semakin serius.

Menurut Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, kemurungan disebabkan berlaku gangguan pada keseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang mengawal emosi kita.

Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang. Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi kesedihan kemurungan boleh berlarutan melebihi dua minggu, dan bagi kes serius ia menyebabkan individu murung berasa dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup. “Biasanya kemurungan disebabkan pelbagai faktor dan lebih banyak kes membabitkan wanita pada nisbah dua kes wanita kepada satu kes bagi lelaki. Gejala kemurungan menyerupai kesedihan biasa tetapi ia berpanjangan, menjadi semakin teruk dan menjejaskan fungsi harian.

“Apabila ia terjadi, seseorang itu mula kehilangan keghairahan atau semangat untuk hidup. Malah untuk melalui satu-satu hari itu juga dirasakan sukar.

“Jika anda mula mengalami gejala seperti ini atau menyedari ada ahli keluarga menunjukkan tanda kemurungan, segera dapatkan rawatan.

“Kemurungan adalah perkara serius tetapi ramai tidak bersedia membincangkannya kerana bimbang apabila membuka mulut menceritakan masalah, mereka dianggap gila atau mulai tidak siuman.

“Pesakit juga bimbang jika majikan tahu perkara itu, mereka mungkin kehilangan kerja kerana masih banyak majikan tidak faham individu murung masih boleh bekerja dengan baik jika mendapat rawatan.

“Lebih malang jika keluarga tidak boleh menerima hakikat ada ahli mereka mengalami kemurungan dan menyebabkan pesakit tidak mendapat rawatan.

“Ini mungkin disebabkan sikap tidak mengambil tahu atau bimbang dengan tanggapan masyarakat,” katanya ketika pelancaran kempen Dialog: Kesan Sokongan dan Pemulihan (SNRI) anjuran bersama Wyeth Malaysia Sdn Bhd dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA). Hadir sama Ketua Pegawai Perhubungan Korporat dan Awam Wyeth Malaysia, Rohaya Mamat.

Presiden MPA, Dr Yen Teck Hoe, berkata kemurungan adalah bentuk gangguan emosi paling biasa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kemurungan adalah penyakit keempat paling serius di dunia yang boleh melumpuhkan jiwa seseorang.

Kadar kelaziman kemurungan di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia, ialah antara lapan hingga 10 peratus daripada jumlah penduduk.

Yang membimbangkan, sejak akhir-akhir ini ramai pesakit adalah golongan muda, termasuk remaja. Malah WHO menganggarkan kadar kematian akibat bunuh diri di rantau Asia Pasifik lebih tinggi berbanding kehilangan nyawa disebabkan tuberkulosis.

Semakin tinggi kadar pemangkin tekanan, semakin banyak kes kemurungan dilaporkan. Kajian mendapati kira-kira sembilan peratus rakyat Malaysia mengalami kemurungan tahap serius sehingga ada keinginan membunuh diri.
Dr Yen berkata, pengesanan seseorang mengalami kemurungan hanya boleh dibuat jika pesakit mengalami sekurang-kurangnya lima tanda dalam tempoh sesingkat dua minggu. Tanda itu pula mestilah memberi kesan besar terhadap aspek sosial dan pekerjaan seseorang.

Kemurungan dialami lelaki berbeza dengan kemurungan wanita kerana tekanan hidup tidak sama. Lelaki murung biasanya bersikap pemarah, agresif dan mudah terganggu. Wanita murung pula menunjukkan emosi tidak stabil, menjadi pendiam, mengasingkan diri dan memendam perasaan.

Biasanya kemurungan disebabkan gabungan beberapa faktor. Antara faktor yang boleh menyumbang kepada kemurungan ialah faktor psikologi (tekanan daripada sesuatu peristiwa atau persekitaran) dan faktor genetik (rasa rendah diri atau menghidap penyakit fizikal yang kronik).

Namun isu lebih besar ialah kesediaan mendapat rawatan kerana kemurungan bukan saja menjejaskan fungsi seseorang, tetapi turut mempengaruhi kualiti hidup seisi keluarga. Jika wanita murung, fungsinya sebagai pekerja, isteri dan ibu terjejas.

Kaedah terbaik menangani kemurungan ialah mendapatkan rawatan secara menyeluruh melalui pengambilan ubat, kaunseling dan paling penting berkomunikasi sama ada dengan doktor, ahli keluarga atau rakan. Terapi gabungan ini dapat membantu lebih 85 peratus pesakit kembali menjalani kehidupan normal.

Pun begitu, cabaran besar ialah memastikan pesakit meneruskan rawatan. Kajian menunjukkan lebih 40 peratus pesakit berhenti mengambil ubat anti kemurungan selepas tiga bulan. Kebanyakannya berputus asa kerana kurang komunikasi efektif antara pesakit dan doktor; kurang sokongan dan pemahaman keluarga; kurang pengetahuan asas mengenai penyakit dan perubatan serta kurang keyakinan diri mengurus kesan sampingan ubat.

“Ramai anggap ubat anti kemurungan menyebabkan ketagihan. Salah faham mengenai ubat juga mengakibatkan kebanyakan pesakit berhenti mengambil ubat tanpa berbincang dengan doktor.

“Ubat anti kemurungan perlu diambil dalam satu tempoh tertentu kerana biasanya ia mengambil masa beberapa minggu untuk melihat kesannya. Bagi kemurungan peringkat awal, ubat perlu diambil selama tiga hingga enam bulan; enam bulan hingga dua tahun (kemurungan peringkat sederhana) dan lebih dua tahun jika pesakit mengalami kemurungan serius.

“Kajian membuktikan pengambilan ubat mampu mengikut jadual dapat memberi manfaat kepada pesakit. Pesakit yang berhenti mengambil ubat sebelum tamat tempoh rawatan berisiko mengalami kemurungan berulang.

“Berbincang dengan doktor jika mahu berhenti mengambil ubat kerana tidak tahan dengan kesan sampingan. Usah harap ubat berkesan 100 peratus kerana tindak balas badan setiap orang berbeza. Jika ubat tidak berkesan, jumpa balik doktor sama dan dapatkan maklumat mengenainya. Usah asyik bertukar doktor dan mengumpul ubat kerana anda akan mengalami kesan sampingan lebih banyak,” katanya.

Menurutnya, kaedah terbaik merawat kemurungan ialah mendapat rawatan seawal mungkin dan menggalakkan komunikasi antara pesakit dengan orang tersayang dan ahli keluarga kerana ia boleh mengurangkan tekanan.

Kaedah berkenaan juga mampu meningkatkan kefahaman ahli keluarga terhadap penyakit kemurungan. Kekurangan sokongan dan komunikasi meningkatkan risiko pesakit mengalami kemurungan berulang sejurus selepas rawatan atau beberapa tahun kemudian.

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Tanda-tanda murung

Post  ... Sat Oct 18, 2008 9:09 am

Tanda-tanda

1.Emosi negatif dan rasa sedih berpanjangan

2. Perasaan tidak menentu, sensitif, resah dan keliru

3. Hilang minat dan rasa seronok

4. Hilang minat terhadap hubungan seks

5. Letih

6. Hilang selera makan dan berat badan turun mendadak

7. Mengalami gangguan tidur (sama ada sukar tidur atau terlalu banyak tidur)

8. Sukar menumpukan perhatian

9. Rasa kesunyian

10. Ada perasaan negatif: hilang harapan, berasa tidak berguna, bersalah dan ingin bunuh diri

11. Alami gejala fizikal: sakit belakang dan kepala, pening, masalah perut, dada berdebar, seluruh badan terasa sakit

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Terima Kasih..

Post  w@n$ tec Sat Oct 18, 2008 12:10 pm

Assalamualaikum,,,

wah,,banyaknye jawapan yg antum suma bg kat ana..terima kasihlah byk2..xtau nk balas dgn ape,,,hm,,harap sahabat ana tu dapat bace blog ni dan pilihlah jalan yg terbaik utk mengurangkan stress die tu,,, tp komen pasal murung ni macam amek dari assigment pendidikan je...hahaha...tokcik,,, terima kasih na... baca quran,zikir,tahajjud, ziarah sahabat, itu suma harap dapat membantu sahabat ana nnt..doakanlah dia ok sentiasa na... Amin,, Allah Robbi..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Re: Tertekan..

Post  ... Sat Oct 18, 2008 1:01 pm

edit dari news jeh utk rujukan..

...
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Xkisahlah..

Post  w@n$ tec Sat Oct 18, 2008 1:12 pm

Assalamualaikum,,
baguslah,,,sekurang2nya ada inisiatif utk membantu..teruskan usaha ent utk membantu,,, syukran jazilan,,

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Re: Tertekan..

Post  TOKCIK Sun Oct 19, 2008 7:46 am

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Jika mereka berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: "Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".
-Surah At-Taubah ayat 129

AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 87
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Bagusnye..

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 3:48 pm

Assalamualaikum,,,

wah,,bagusnya tok cik,,biasanya soalan2 nilah yg sering ditanya oleh muslimat jika hadapi masalah,,, moga2 muslimat semua dapat baca apa yg telah ditulis oleh tokcik ni,,,terutamanya kepada die,,, syukran sgt2 tokcik,,hm,sebut tokcik ni,,macam org tua pulak,,,hi3..xdela,gurau je.. sesiapa yg nak tmbh,tmbh ler,,, moga mendapat pahala besar disisi Allah,,hm,,Allahu Robbi,,,Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Re: Tertekan..

Post  cejuk Sun Oct 19, 2008 4:00 pm

ak tertekan dengan senior and super senior !!!!
korang tau cari salah kami je budak2 perempuan super junior padahal korang tu bukan perfex!!
start dari kami masuk sini sampai ler dh habis raye x habis2 ngate kami ....

cejuk
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Re: Tertekan..

Post  TOKCIK Sun Oct 19, 2008 4:08 pm

cejuk wrote:ak tertekan dengan senior and super senior !!!!
korang tau cari salah kami je budak2 perempuan super junior padahal korang tu bukan perfex!!
start dari kami masuk sini sampai ler dh habis raye x habis2 ngate kami ....


kita berbincang cara elok ya cejuk...cari org yg dipercayai dan boleh diharap terutamanya super senior utk selesaikan masalah..ok

bukan semua senior cmtu kn??

jgn biarkan kita dikuasai amarah kerana itu boleh membuka aib sendiri..ok

rabbit
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Betul tue..

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 6:42 pm

Assalamualaikum,,,,

wahai cejuk yg dikasihi,,,jgnla ent menyesal dan sedih selapas masuk ke IPTB dan bertemu dgn senior2 disini,, sesungguhnya Syaitan ni sering cuba utk memecahbelahkan hubungan ent dgn senior,, ana setuju dgn tokcik,,ent trylah cari senior yg ent percaya,dan cuba luahkan apa sbnrnya yg mengganggu fkrn ent,,, ustaz Nazmi pernah mengajar ana banyakkanlah baca surah Al-Insyirah dan urutkan di dada..insyaAllah akan rede jiwa enti,,, byk baca Quran,,,insyaAllah tenang jiwa..ok??hm,,xpun kalaulah tokcik ni seorang muslimat,,apa kata ent berhubung terus dgn dia,,, mana tau dia bole bg nasihat yg berguna,,,xpun enti jmpalah ustazah2 dari kelas bahasa arab ke, senior Pa1 dan Pa2 ke xpun ustazah2 dari kelas pa 1 dan 2 super junior...bole??

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Tertekan.. Empty Re: Tertekan..

Post  Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik