Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Majlis Penutupan P.Sekolah dan KAGUM: Tahniah dan Terima Kasih Warga IPTB

Go down

Majlis Penutupan P.Sekolah dan KAGUM: Tahniah dan Terima Kasih Warga IPTB Empty Majlis Penutupan P.Sekolah dan KAGUM: Tahniah dan Terima Kasih Warga IPTB

Post  hjhrohani Sun Apr 27, 2008 10:30 am

Assalamualaikum semua warga IPTB

Saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan tahniah dan setinggi2 penghargaan serta terima kasih atas kerja kuat semua pihak terutama usetia dan jk yang telah menjayakan majlis penutupan Pembestarian Sekolah. Terima kasih juga kepada pensyarah2 yang turut hadir bagi menjayakan majlis tersebut walau pun terpaksa balik dari outstation. Sesungguhnya majlis tersebut mencerminkan kualiti kerja warga IPTB.

Saya juga bangga dengan hasilan Pameran di Pusat Sumber. Sungguh meriah dan hebat. Teruskan sehingga hari konvo kita nanti. Tahniah dan terima kasih atas komitmen pensyarah dan pelajar2 yang bekerja keras atas nama IPTB. Teruskan

Kemarin telah berlangsung pertandingan KAGUM. Saya bangga berdiri di atas grand stand bersama2 pelajar2 yang menang JOHAN bagi acara bola keranjang lelaki, naib johan bag bola keranjang wanita dan tmpat ketiga bagi bola tampar wanita. Kesekuruhannya IPTB adalah Tmpat KEDUA dari asekuruh 27 IPG. Tahniah dan terima kasih U.setia, jurulatih, pensyarah2 pembimbing khususnya pelajar2 yang bertungkus lumus berjuang bagi meletakkan IPTB di atas selepas IPIK

Warga IPTB yang saya kasehi
29 hb ini akan berlangsung lagi satu peristiwa penting buat kita. Walau pun bukan pertandingan atau penilaian tetapi majlis konvokesyen adalah imej kita. Imej pelajar dan warganya terlihat di mana2 dan di setiap sudut kampus IPTB. Tunjukkan yang terbaik dan boleh di teladani. Komitmen dan keperibadian pensyarah menjadi cerminan pelajarnya. Marilah KITA bersama2 berdoa dan bekerja ke arah itu.

Sekian. SESNGGUHNYA SAYA BANGGA DGN IPTB DAN INGIN SEKALI MELIHAT WARGANYA BERGERAK SEDERAP BERSAMA.

WASSALLAM

hjhrohani

Jumlah posting : 6
Join date : 14.04.08

Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik