Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

pandangan pemerhati

2 posters

Go down

pandangan pemerhati Empty pandangan pemerhati

Post  awana87 Fri Oct 16, 2009 4:43 pm

assalamualaikum w.b.t
pertamanya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada warga IPGM Kampus Tuanku Bainun kerana telah memberikan ruang kepada saya untuk menjadi sebahagian daripada warga di sini dan seterusnya menimba pengalaman dalam menjadi seorang insan. Apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah tentang beberapa perkara yang saya sudah lama perhatikan dan amat perlu kepada penambah baikan daripada semua pihak.
pertama sekali ialah tentang masa. Seperti yang diketahui, masa adalah kunci kepada kejayaan sesebuah organisasi yang mana bermula daripada pihak atasan sehinggalah ke pihak bawahan. Masalh yang ingin saya timbulkan disini adalah tentang ketidak seragaman masa yang diguna pakai. Masing-masing mengakui bahawa jamnya yang betul terutamanya pihak berkuasa. Namun bagaimana pula dengan pihak yang terkena? Disini saya ingin memberikan cadangan kepada pihak yang berkenaan:
1. Bina sebuah menara jam seperti yang terdapat di IPGM Kampus Darul Aman. Ini akan dapat dijadikan sebagai satu rujukan asas kepada semua pihak.
2. Jika cadangan ini tidak dapat dilaksanakan, wujudkan satu jam yang besar dan diletakkan di mana-mana tempat tumpuan ramai yang mana jam-jam ini adalah seragam waktunya.

Keduanya ialah tentang pemberitahuan kepada para pelajar. Saya ambil satu keadaan yang mana pada fikiran saya begitu menyusahkan pelajar terutamanya penghuni luar. Pada 5 Oktober 2009 di antara jam 7.45 hingga 8.45 pagi, pihak yang bertanggungjawab menjaga soal keselamatan IPGM telah memberikan satu pengumuman tentang waktu masuk ke dalam IPGM. Katanya semua pelajar wajib hadir ke dalam IPGM pada hari Selasa sehingga Khamis sebelum jam 7.30 pagi. Pada hari Rabu berikutnya, saya telah ditahan kerana hadir pada jam 7.40 pagi. Saya mengakui kesilapan saya. Namun pada 15 Oktober 2009 di antara jam 7.45 hingga 8.45 pagi, seorang pensyarah telah memberikan satu pengumuman tentang waktu masuk ke dalam IPGM. Katanya waktu yang ditetapkan adalah sebelum jam 7.40 pagi. Jadi, yang mana satukah yang benar?Saya sebagai penghuni luar berasa seperti kerbau;ditarik hidung ke mana sahaja yang diingini.

ketiganya ialah tentang ketetapan yang diberikan kepada penghuni asrama. apa yang menjadi masalah ialah pelajar di luar terpaksa berkejaran untuk masuk ke dalam IPGM sebelum waktu yang ditetapkan. namun bagaimana pula dengan pelajar asrama? Saya dapat melihat mereka dengan senang hati berjalan ke kelas tanpa menghiraukan masa yang telah ditetapkan. Cadangan saya ialah kunci pagar asrama pada jam 7.45 pagi dan dibuka semula pada jam 1.15 petang. Saya dapat merasakan bahawa buku meminta keizinan pulang ke asrama begitu kurang diisi.

ke empat ialah berkaitan dengan sikap sesetengan daripada warga IPGM. saya perhatikan ada dikalangan kita yang benar-benar komited dalam menjalankan tugas mereka. hasilnya adalah untuk kebaikan semua. namun saya dapat perhatikan ada segelintir yang mengambil kesempatan di atas kapasiti yang dipegang. walaupun niat mereka tidak terzahir dengan kata-kata, namun bahasa badan mereka dapat saya fahami. nasihat saya, bekerjalah dengan jujur dan ikhlas. ingatlah TANGGUNGJAWAB anda akan ditanya kelak.

buat akhirnya, saya amat berharap apa yang saya coretkan disini dipandang dengan rasa penuh tanggungjawab oleh semua pihak. marilah kita bersama menjadikan diri kita sendiri ke arah kecemerlangan supaya hasrat IPGM kita ini tidak sekadar coretan di papan sahaja.
Wallahualam. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

awana87

Jumlah posting : 3
Join date : 22.01.09

Kembali Ke Atas Go down

pandangan pemerhati Empty Re: pandangan pemerhati

Post  T-Max Tue Oct 20, 2009 10:37 pm

JAM AKU 5 MINIT AWAL DARI JAM PAKGAD TAPI 5 MINIT LEWAT DARI JAM EN ROD!!!!

KIPAS KIPAS SAMPAI LITAR PINTAS...KAH KAH KAH
T-Max
T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 66
Lokasi : In front my screen

http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik