Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

budaya bercouple di maktab

+5
bijirin
AriffPutera
jawa_BoYz
socrates
T-Max
9 posters

Halaman 7 dari 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty em..

Post  auji Fri Oct 10, 2008 3:41 am

bagi kbnyakn girl x suka duhebohkan..
kalo dlm islam camne yek?
bleh heboh ke?
mr gto x de pandangan?
ku suka ko punya pandangan..
bleh tasamuh..huhu

p/s: aku pun girl. Embarassed

auji
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty TAKRIF PERTUNANGAN

Post  yukiko Fri Oct 10, 2008 2:38 pm

Bertunang
oleh: Ustaz Muhammad Rashidi Bin Haji Wahab*
(kategori Fiqh Munakahat; perkahwinan dan kekeluargaan).

TAKRIF PERTUNANGAN

Ulama dari mazhab Maliki (Hatab):
Pertunangan adalah satu ungkapan untuk menyeru kepada pernikahan dan apa-apa yang berlaku dari perbualan.

Ulama dari mazhab Shafie (Umairah):
Pertunangan adalah menyentuh (mengemukakan) pernikahan daripada orang yang diambil kira dengannya.

Daripada takrif pertunangan di atas dapatlah kita ketahui bahawa pertunangan ini adalah semata-mata satu perjanjian di antara dua pihak (pihak lelaki dan pihak perempuan) untuk melangsungkan perkahwinan. Pertunangan bukanlah satu akad seperti pernikahan dan memutuskan pertunangan dengan sebab-sebab tertentu bukanlah suatu kesalahan.

PERTUNANGAN DI SISI SYARAK
Terbahagi kepada lima cara:
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada seorang perempuan secara langsung.
- Lelaki memberitahu hajatnya untuk meminang kepada wali perempuan.
- Menggunakan pihak ketiga untuk meminang.
- Wali menawarkan anak perempuannya kepada seorang lelaki soleh.
- Perempuan menawarkan dirinya sendiri kepada seorang lelaki soleh.
Sekiranya kedua-dua pihak telah bersetuju dan menerima (menggunakan salah satu cara di atas) maka ini adalah sudah dikira bertunang di sisi syarak.

PERTUNANGAN DI SISI ADAT

Kebiasaannya pihak lelaki akan memberikan barang-barang hantaran ke rumah pihak perempuan pada majlis pertunangan yang telah ditetapkan. Kemudian perempuan akan disarungkan cincin di jari manisnya sebagai tanda sudah bertunang. Maka pihak perempuan akan menetapkan dan membincangkan hantaran untuk perkahwinan berdasarkan status seseorang perempuan itu. Dan diakhiri dengan bacaan doa dan sedikit jamuan ringan. Majlis pertunangan ini diadakan selepas kedua-dua pihak bersetuju untuk bertunang selepas adat merisik.

Pemberian cincin semasa pertunangan adalah suatu adat yang diamalkan di Malaysia (mungkin diambil dari warisan orang bukan Islam) dan ia bukanlah satu syariat yang telah ditetapkan oleh Islam. Namun ia tidaklah menjadi satu kesalahan sekiranya pemberian cincin itu diberikan sekadar tanda pertunangan selagimana tidak menyalahi syariat. Perlu diketahui bahawa menganggap perbuatan menanggalkan cincin sebagai tanda pertunangan diputuskan maka ia adalah bercanggah dengan Islam.

HEBAHAN PERTUNANGAN

Tidaklah digalakkan menghebahkan pertunangan sepertimana perkahwinan. Pada pendapat saya bahawa hebahan pertunangan sekadar perlu adalah terletak di atas budi bicara keluarga masing-masing. Adapun hebahan tentang perkahwinan adalah digalakkan (sunat) oleh Islam dan menghadirinya adalah wajib.

WAKTU PERTUNANGAN

Berkaitan dengan pertunangan yang lama - pada pandangan saya ia terletak di atas diri kedua-dua pihak yang bertunang untuk menentukannya. Sekirannya kedua-dua (peminang lelaki dan perempuan) mampu melaluinya dan bersedia dalam tempoh masa pertunangan yang panjang maka tidaklah mengapa. Namun pertunangan yang panjang mungkin membawa sedikit masalah dari pengalaman beberapa orang kenalan saya.

Wallahua'lam.

yukiko
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty tunang lagi..

Post  dahlia Fri Oct 10, 2008 2:53 pm

Jika lelaki itu benar-benar berniat untuk mengahwini pasangan,maka ia telah dikira betunang di sisi syarak dengan pasangan jika pasangannya juga turut menerima lamaran tersebut. Namun adalah lebih elok jika peminangan ini turut diketahui dan melibatkan ibubapa juga. Jika tiada keperluan yang tertentu adalah lebih baik tidak berjumpa dan jika berjumpa (atas keperluan tertentu) silalah bawa bersama seorang teman lain juga.

dahlia
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  socrates Fri Oct 10, 2008 7:04 pm

mitsui y wrote:bukan belagak..
tapi kecewa dengan sikap sesetengah orang yang suka sgt sibuk pasal orang len..


big prob la...
mane ko tau mitsui org tu menyibuk...??dah siasat...??org tu wat mulut ka...??
ader sibar fitnah pasai bertunang ka...??

ko dah jumpe dgn org tu & tanya dia...??
aleh2 tuduh dia menyibuk...!!!
dah tua kan...pandai2 la ye...socrates muda ag...!!!
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty salam..

Post  salotape Fri Oct 10, 2008 11:37 pm

kwn2ku skalian..
yakin la dgn janji Allah dlm alQuran..
Allah memujuk hambanya..
pompuan yg baik adlh untuk lelaki yg baik..
mnkla laki2 yg baik untuk pompuan yg baik..
dan sebaliknya..
klu nk yg terbaik..cba la jdi yg terbaik..
bkn ke yg terbaik yg kte mahukn??
Allah xkn mensia-siakn hambaNya..
tp da ade jdoh x ke mane kn??
amlkn la doa ni..
"rabbana hablana min azwajina min qurrata a'yun..
waj'alna minal muttaqina imama.."
smga kite semua dlm lindungan rahmat Allah..
InsyaAllah...

salotape
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Buat tauladan..

Post  Yoshiki Sat Oct 11, 2008 2:17 am

Miss yukiko, dahlia, dan selotape dah jelaskan…
Hebahan bertunang xperlu dikhabarkan.. Ckplah hanya yg terdekat saja yg tahu. Tetapi jika anda didalam situasi diganggu gugat maka bolehlah anda mempertimbangkannya. Semua atas peribadi masing2. Bergantung kpd kesesuaian keadaan, individu dan status anda. Bila keadaan terdesak sgt maka wajarlah anda bertindak. Jika dirasakan tidak wajar maka berdiam diri lebih baik..

Disini saya mahu ceritakan serba sedikit cerita masyarakat yg boleh diambil tauladan.. Kes pertama pernah berlaku pada seorg pensyarah usm pada awal 90an. Seorg wanita ini pernah berkawan dgn beberapa org lelaki, tetapi dalam masa yg sama merahsiakan status dirinya. Diawal umur 20an dia berhubung dgn kenalan2 mcm biasa.. Ditakdirkan dia bertunang dgn pilihan hatinya. Dalam masa yg sama dia masih berhubung dgn kenalan2nya yg lain. Disebabkan kebanyakan org yg dia berhubung tidak mengetahui status dirinya maka setiap detik banyaklah individu2 menaruh harapan.. Dia menerima byk layanan yg sepatutnya tidak wajar diterima(sebab org tidak mengetahui statusnya). Sampailah pada satu keadaan, salah seorg kenalannya datang dgn rombongan keluarga utk merisik kerumah keluarga si wanita. Maka terbukalah cerita yg tertutup rapat sebelum ini. Keluarga lelaki malu.. Si lelaki menyimpan dendam.. Disebabkan rasa xpuas hati dan dendam maka cara yang tidak baik telah dilakukan. Si lelaki telah menggunakan ilmu hitam(sangkak) utk memporak perandakan wanita tersebut. Ilmu yg digunakan bukan utk membuatkan si wanita tersebut suka kpd lelaki itu, Tetapi ilmu songsang itu menyebabkan si wanita terikat dan tidak boleh kekal dgn setiap org yg dia pernah berhubung. Dlm masa yg sama si lelaki telah membina hidup baru, tetapi masih menyimpan dendam kpd wanita tersebut. Perkara ini berlanjutan selama beberapa tahun. Tahun demi tahun kehidupan lelaki berubah dgn dirinya sudah berkeluarga. Lain pula dgn si wanita, kerana dia merana dengan ilmu songsang yg telah digunakan kpdnya. Tali pertunangan wanita tersebut putus begitu saja. Perkahwinan yg dirancang tidak menjadi.. perhubungan wanita tersebut tidak kekal dgn beberapa lelaki selepasnya.

Hinggalah sekarang, wanita pensyarah tersebut sudah berumur 38 tahun tetapi belum bertemu jodoh. Dirinya masih dibelengu oleh dendam lelaki yg telah mengganggu gugat dirinya. Jika dia balik kekampung halamannya di pantai Timur semenanjung maka ada2 saja kekacauan yg dilakukan oleh lelaki itu. Pengajaran dari kes ini, dlm sesuatu keadaan adalah perlu anda bersikap jujur dan berterus terang. Elakkan dari terus berhubung dgn org laen jika anda sudah diikat. Kepada kaum lelaki jgnlah anda menyimpan dendam.. Didunia ini mungkin anda selamat tetapi akhirat kelak anda terima balasan dariNYA. Lapangkanlah dada dan terima dgn hati yg terbuka. Jangan anda terjebak dgn sesuatu yg boleh menimbulkan dosa dan merosakkan diri anda. Buat wanita, hati2 dalam berhubung dgn mana2 pihak.. biar ada batasnya.. Jaga percakapan, pergaulan dan tingkah laku.. Gunakan percakapan dan kata2 yg elok agar org tidak terasa dgn anda. Begitulah sebaliknya bagi lelaki..

Kes kedua..

Pada dekad 80an, seorang pensyarah wanita di kota metropolitan telah menjalinkan hubungan cinta dgn seorg kakitangan awam berketurunan asli. Perhubungan tersebut berlangsung selama beberapa tahun. Hinggalah apabila sudah lama berkenalan maka si lelaki tersebut tergerak utk melangsungkan tali ikatan dgn pensyarah wanita itu. Dalam status diri lelaki asli tersebut yg belum Islam, maka pensyarah wanita itu telah membawa si lelaki ke jakim. Di situ si lelaki mempelajari hal2 berkaitan dgn islam dan melafazkan dua kalimah syahadah. Setelah bergelar seorg mualaf, maka timbullah keinginan utk menyunting wanita ini. Berbalik kpd wanita ini pula, di kampong dia di selatan tanah air. Pihak keluarga wanita telah berpakat ingin menjodohkan dia dgn pilihan keluarga. Terjadilah pertikaian antara wanita tersebut dgn keluarganya. Keluarga wanita tuh xdapat terima pemuda asli tersebut walaupon si lelaki telah dtg dan berjumpa dgn pihak keluarga. Maka mcm2lah perkara telah dibuat. Si wanita membangkang sebelum ini, tetapi lama kelamaan akur. Bila pemuda asli ini tahu akan hal ini dia rasa kecewa. Tetapi dlm masa yg sama dia yg masih lg belum mantap pegangan agama islam, telah membuat sesuatu tindakan yg tidak sepatutnya. Lelaki tersebut telah balik ke tempat tumpah airnya di sekitar hutan Pahang. Dia berjumpa dgn dukun asli disana. Si lelaki telah membuat guna2 kpd pensyarah wanita tuh.. Caranya dgn membuatkan perempuan tuh xder hati utk menerima sesiapa dan tiada org yg mahu menerimanya. Sampailah sekarang perempuan tu masih belum bertemu jodoh. Walaupon dia seorg yg baik.. Ada segala-galanya tapi kehidupannya seperti dikunci sesuatu.. Sekarang empunya diri dah 49 tahun. Saya sgt sedih bila tengok life dia.. Pelik.. Tapi benar.. Benda nih terjadi dlm kehidupan kita. Dgr kata si lelaki asli telah membawa diri ke Malaysia timur dan tidak dapat dikesan hingga sekarang.

Wallahua'lam. Ambillah cerita2 nih sebagai pengajaran dan panduan kita dlm berhubuung sesama sendiri.. Bagi lelaki jangan terjebak dgn sesuatu yg salah.. Bagi perempuan pula anda hendaklah sentiasa berhati2 dlm perhubungan anda..

Saya dah penat… dah xtahu apa tujuan shout nih.. Saya just view aja.. Then teringin nk comment.. just share ler ape yg patut. Saya nk retired dah.. bye.

P/s: tgk jer ceta ayat2 cinta then faham sendiri.. Wink

Yoshiki
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  hahaha Sat Oct 11, 2008 8:03 am

udah ghupe group anti kapel kat fs tu jek korang nih...

hahaha
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  huhuhu Sat Oct 11, 2008 7:52 pm

bukhe group anti kapel,bukhe anti shuffle tapi antiseptik!!
keh..keh..keh.. anti budayo la'rho..

huhuhu
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  budak Sun Oct 12, 2008 1:21 am

Cari punca pasai apa dia menyibuk

budak
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  ulat bul Tue Oct 14, 2008 6:13 pm

ble ana bca topic ni, ada sdikit yg nak ana cba tnya kn...
ana ingn minta pendapat anda...

andai kata ana bertunang..tp tidak beritahu pd rakan dan yang rapat dgn ana...dan suatu masa ada yang telah mengetahui...apa perasaan anda jika anda slh sorg rakan atau sorg yg rapat dgn ana...


ulat bul
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Pendapat

Post  AriffPutera Fri Oct 17, 2008 4:17 am

ulat bul wrote:ble ana bca topic ni, ada sdikit yg nak ana cba tnya kn...
ana ingn minta pendapat anda...

andai kata ana bertunang..tp tidak beritahu pd rakan dan yang rapat dgn ana...dan suatu masa ada yang telah mengetahui...apa perasaan anda jika anda slh sorg rakan atau sorg yg rapat dgn ana...



Sedikit kecewa barangkali. Kemudian cuba memahami keadaan yang membuatkan perkara sebegitu terjadi sebelum mengucapkan tahniah. Sebarang kemungkinan hendaklah di ambil kira. Kita sebagai bakal seorang guru hendaklah memiliki sifat empaty dalam diri kita. Tidak boleh terus menghukum sesuka hati.

p/s- Seorang pemimpin harus memiliki sifat- sifat yang terpuji agar dapat dicontohi dan diteladani oleh ak2 buah mereka. Antaranya CUT EPAL A.
C= Caring
U= Understanding
T= Tolerance

E= Empaty
P=
A=
L=

A=

Maafkan saya kerana tidak mengingati beberapa butir mengenai perkara di atas. Mungkin ada antara kita di luar sana pernah mendengar mengenai perkataan ini. Jika ada, blhla kongsi.
AriffPutera
AriffPutera

Jumlah posting : 228
Join date : 15.09.08
Age : 37
Lokasi : Malaysia

http://tenteramalam.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  TOKCIK Sat Oct 18, 2008 11:56 am

ulat bul wrote:ble ana bca topic ni, ada sdikit yg nak ana cba tnya kn...
ana ingn minta pendapat anda...

andai kata ana bertunang..tp tidak beritahu pd rakan dan yang rapat dgn ana...dan suatu masa ada yang telah mengetahui...apa perasaan anda jika anda slh sorg rakan atau sorg yg rapat dgn ana...


bg tokcik..tgk juga tahap mana rapatnya tokcik dgn rakan tokcik tu..kalo tokcik selalu ceritakan mslh pd rakan tokcik tu dan dia pon selalu cerita maslh pad tokcik tiba2 rakan tokcik sendiri xbgtau dia bertunang tokcik agak kecewa kerana org lain yang tahu dahulu...

tp xlah kecewa mana sbb bukan dia rahsiakan perkahwinan..its ok..kalo tokcik sendri pon akn rahsia kn pertunangan tokcik..cuma mgkin kerana tokcik slh percaya org...lebih ramai yg akan tahu...

oleh sebab itu, thp kerahsiaann kena jaga dan kalau rahsia tersebar tidak boleh salahkn sesiapa..asalnya mmg dari mulut kita jugak kn..

dan kalau ada antra rakan kita yg rahsiakn pertunangan jgn slhkn dia kerana dia ada hak untuk rahsiakan...

kalau dia minta sebarkan..sebarkanlah..kalu x, diamkn saja ok...

mcm2 sebab boleh naikkan amarah org,
mcm2 sebab boleh menimbulkan slh phm org,
mcm2 kemungkinan yg kita tidak tahu hujung pangkalnya,
mcm2 jln penyelesaian utk betulkan keadaan permasalahanny..
mcm2 Cool
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty mcm2

Post  yoshiki Sat Oct 18, 2008 1:15 pm

emmm.. satu lg bagi pendapat saya.. jgn lah anda atau sesiapa cuba mengambil tahu atau menceritakan hal berkaitan peribadi seseorang. Niat asal memang untuk mengambil berat.. Tetapi lama kelamaan boleh memalukan maruah org kalau sesuatu perkara itu terlalu peribadi.. Diri anda pon akan dibenci dan seseorg yangg baik pon boleh mendapat tanggapan tidak baik dari org lain. Berhubunglah dgn cara yg betul dan jika sudah berlaku kesilapan berbetulkan sikap anda dan teruskan hidup anda dengan jln yg lebih baik. Setiap sesuatu perkara yg berlaku ada sebab dan hikmahnya. Muhasabahlah diri anda dan semaikanlah dgn nuur islam.. ukhwah perlu dijaga..

yoshiki
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty ntah ape ntah..

Post  budak ba Sat Oct 18, 2008 3:20 pm

Salam, dah lama x menulis kt ruangan maya nie.. tp ble da ramai org duk sebut jer pasal budaya couple neh.. pertama sekali nk sy tegaskan saya neh anti budaya berkapel kt mktb neh,, bkn aper benci sgt tgk .. bla kta tgk makin gedik n mnunjuk plak diowg nie.. bkn aper setuju dgn ckp2 ustad2 semua.. x slh nk pilih pasangan tp kan ada ad limit dia.. ini bpegang2 tangan peluk2 la.. sngaja nk mnunjuk2 betapa GEDIK, SIAL AND MURAHAN nya diri diaowg tu kt org ramai.. xder rasa malu ke untuk mak ayah kt umah tue.. kalo diaowg tahu x ke malu.. KADANG2 MUAL JER TGK... tmbh2 bdk pmpuan yg x sedar diri.. sy xnk salahkn pihak laki dlm soal nie.. sbb sayer tgk yg lebih2nya bdk pmpuan yg miang gatal bkn makin lagik..cuba la ingt mak ayah kt umah tue... MALUUU... tipu sgt bla dah bdua-duaan xder nafsu langsung...mcm2 bole jd.. tbe2 si lelaki hilang kawalan.. cmner??? Evil or Very Mad ntah la pikir2kanlah... bkn nk sibuk hal org tapi isu nie saya bincangkan secara umum.. dan kita boleh ambik iktibar dari byk kes dlm surat khabar.. kawin lari la.. mcm2.. kalo x silap dlm mktb kita ader kes yg sbb cinta x dtg kelas smpai pensyarah tcr2 kemana hilangnyer.. mula2 memang nampak mudah.. tp bla nafsu dah mguasai diri... mcm2 bole jd..SYAITAN IBLIS DIMANA2.. Saya ckp mcm nie utk nasihat diri jugak.. BUAT BDK PMPUAN IPTB jagalah MARUAH diri anda .. kalo rasa diri tue xde maruah n x syg pada ibu ngan ayah kt umah.. pelukla n pegang la tangan mana2 jantan pun.. tau x kisah.. peduli ape kan.. kita jugak kne cop pnybuk.. Evil or Very Mad

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty USTAD PUN 2X5=10

Post  budak ba Sat Oct 18, 2008 3:39 pm

lupe plak,satu sy nk ckp... ustad pun sama je..sembang hadis itu la ,inila... hampeh walhal dia pun sama jer... so MALU jer tunjukla tauladan baik skit... Kalo org yg jahil buat hal kita memang dah tahu dia jahil.. tp bla USTAD sendiri buat hal.. SAPER NK JWB????? Arrow

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  yoshiki Sat Oct 18, 2008 4:15 pm

Lantangnya ckp bdk ba nih?? Kenapa terlalu berat bahasa anda?? ada anda tak puas hati apa2 ker?? Anda pun dituduh menyibuk jugak ker?? Jaga pertuturan anda masing2 semasa bertutur atau menulis. Takut disalah tafsirkan.. jgn tuduh2 sebarangan... nanti timbuul fitnah yg x dijangka..

yoshiki
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty br je ckp

Post  budak ba Sat Oct 18, 2008 5:10 pm

td nmpk da... ada satu couple duk bdua... makin tgk makin gedikzzz...

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  yoshiki Sat Oct 18, 2008 5:46 pm

Couple senior ke junior? biasa ler cinta kontrak.. tp klu nmpak sound jer ler..

yoshiki
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty mls nk sound2x..

Post  budak ba Sat Oct 18, 2008 6:33 pm

mls nk sound2x.. da besar pnjng... ustad plak tue... time dating songkok pun ilang....

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  alesana Sun Oct 19, 2008 2:01 am

kadang2 kita suarakan pendapat @ pndangan disangka laen.. dikatakan kita nih ambil mudah or tassamuh.
mcm2 salah faham.. tongue

alesana
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Maklumat

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 5:49 am

assalamualaikum,,,

maaflah,,ana rasa kurang enak bila nampak perkataan ustaz td,,hm,, wahai diri ana yg hina dan sahabat2 yg sudah dilamun cinta,, peganglah pada kaedah feqah ini,,,,Setiap sesuatu yang membawa kepada perlakuan yang haram, maka hukum melakukan perkara tersebut adalah haram".

ana bagi antum suma satu link,,kemudian antum buka dan bacalah.. harap kita sama2 fikir sedalam2nya,,, ini link dia:


Allahu Robbi,,Akulihaza...

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty sensitif nmpk...

Post  budak ba Sun Oct 19, 2008 9:17 am

salam... sensitif ke?? tp itulah hakikat.. sy nie xpndai nk berbahasa arab atau menggunakan hadis... tp sy cume menceritakan apa yang sy nmpk... ADA SEORNG BAKAL USTAD TGH BDATING DAN ITULAH HAKIKATNYA... bkn sy nk aibkan mana2 pihak...kalo btol nk dating x pyhla nk dating kt dalam mktb tunjukkn aib sndiri pulak tue bw title ustad.. nie ape kes nie??? rasa nya kt luar tue kan lg bes nk buat menda2 mcm nie x??? Anyway buat bakal2 USTAD SEMUA JGN LA SEMBANG KENCANG... BAK KATA PEPATAH "TIN KOSONG ... TP RIUH SATU KAMPUNG BUNYINYA..." Razz

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty bersabar..

Post  mas Sun Oct 19, 2008 1:17 pm

wah.. lantangnye org2 yg tdak bercouple bersuara..
xpe2.. anda dlndungi allah krn tidak terjebak dlm percintaan sblm kahwin..
sedangkan mereka yg bercnta, mereka sedang diuji tahap keimanan mereka...
kalo xsuke tgk mereka, sekurang2nya berdoa la supaya mereka sedar...
jgn sampai apa yg anda katekan, ALLAH balas nasib anda same seperti mereka...

mas
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty ish..

Post  kad matr Sun Oct 19, 2008 1:22 pm

kalo btol nk dating x pyhla nk dating kt dalam mktb tunjukkn aib sndiri pulak tue bw title ustad.. nie ape kes nie??? rasa nya kt luar tue kan lg bes nk buat menda2 mcm nie x???

kat luar ke, kat maktab ke.. same jea..
kalo depa dating sorok2, namenye hipokrit plak..

kad matr
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Dengki?? musuh??

Post  alesana Sun Oct 19, 2008 1:33 pm

Manusia xdpt lari dari dibelengu masalah ini, tambah2 org melayu kita(maaf la yeh bkn sy nk buruk2kan bangsa sy)..
Berdoa utk rakan2 anda salah satu langkah yg terbaik.. dlm masa yg sama gunakan kata2 berhemah utk menegur rakan2 anda.. Gunakan pendekatan secara bersederhana atau berpada2 dalam berhubung sesama manusia. Kenapa org musuh dgn kita?? cuba elakkan dari terjebak @ menonjolkan diri anda. Dlm erti kata bersederhanalah.. Ambil pendekatan dgn mengelak dan mencegah. Dlm erti kata tonjolkan diri anda secara low profil.. Org pon xkan menyibuk dgn anda.. Klu dah bercouple tuh pandai2 uat guide.. jgn terlalu ikut naluri.. Niatkan dlm hati sifat2 yg positif.. buangkan amarah atau sifat cemburu.. Masing2 dah besarkan.. Pandai2lah anda menjaga diri dlm pergaulan..

alesana
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 7 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 7 dari 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik