Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

bulan puasa pun histeria??

Go down

bulan puasa pun histeria?? Empty bulan puasa pun histeria??

Post  T-Max Fri Sep 12, 2008 8:08 pm

bulan puasa pun histeria?? Dn_09.1
Salah seorang pelajar SMK Zainab (2), Kota Bharu yang diserang histeria semalam, diusung keluar dari kelas untuk menerima rawatan.


KOTA BHARU 11 Sept. - Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab (2) diselubungi suasana kelam-kabut pagi ini apabila lebih 30 pelajar perempuan diserang histeria.

Kejadian itu dipercayai bermula kira-kira pukul 11 pagi apabila seorang pelajar tingkatan dua yang ditegur oleh gurunya kerana termenung, menjeling tajam ke arah guru terbabit dan kemudiannya diikuti dengan jeritan serta tangisan beberapa pelajar lain.

Pengetua sekolah itu, Norizam Mohd. Zain berkata, jeritan dan tangisan itu kemudiannya merebak ke kelas bersebelahan sehinggalah ia bersahut-sahutan ke beberapa blok lain.

Menurut beliau, bagi mengelak perkara itu menjadi lebih serius, pihaknya segera menghubungi seorang guru agama daripada sekolah agama berhampiran untuk meminta bantuan.

"Keadaan yang sedikit kecoh itu berjaya ditenangkan apabila pelajar yang mengalami histeria dipisahkan daripada pelajar lain dan keadaan beransur pulih sepenuhnya menjelang waktu zohor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sekolah itu hari ini.

Hadir sama ialah Pengarah Pelajaran negeri, Mohd. Ghazali Abdul Rahman.

Norizam memberitahu, pelajar berkenan telah pengsan semalam semasa di dalam kelas dipercayai akibat terlalu letih berpuasa.

"Ibu bapanya telah dihubungi untuk membawanya pulang dan hari ini pelajar itu datang ke sekolah seperti biasa sehinggalah dia ditegur kerana kelihatan seperti berada dalam keadaan keletihan oleh guru kelasnya.

"Majoriti pelajar yang terlibat ialah mereka yang telah menyertai satu perkhemahan jati diri yang dianjurkan oleh pihak sekolah di Bukit Kluang, Terengganu pada akhir bulan lalu," katanya.

Tambahnya, semasa perkhemahan itu terdapat juga beberapa gangguan kecil terhadap pelajar tetapi ia tidak membimbangkan dan berjaya ditangani dengan baik.


p/s:...kat malaysia ni benda2 ni mcm musim plak..dulu musim keracunan kat kantin sekolah...ini musim histeria lak...
T-Max
T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 66
Lokasi : In front my screen

http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik