Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Keluarga HEP

Go down

Keluarga HEP Empty Keluarga HEP

Post  Pn Teoh Wed Oct 01, 2008 2:26 pm

Salam sejahtera dan salam perpaduan,

Adakah siapa-siapa terbaca notis ucap Selamat Hari Raya yang tertampal di luar bilik HEP?

Dua hari yang lepas saya berkesempatan membaca notis tersebut. Saya amat tertarik dengan kata-kata tersebut ( Maaf kerana tak menyalin apa yang tertera kat situ, tapi amat menggalakkan tuan-tuan dan puan-puan membacanya).

Notis itu mengingatkan saya betapa pentingnya kita perlu saling bermaaf antara satu sama lain sepanjang hidup kita kerana kita hidup dengan pelbagai karenah manusia yang mungkin ada di antaranya kita segani dan ada juga tidak. Oleh itu kepentingan dalam menjaga perhubungan sesama manusia menjadi satu kewajipan yang tidak dapat kita elakkan.

Notis yang dikeluarkan oleh HEP juga membawa satu mesej kepada saya bahawa kita perlu saling mengingati, saling menegur demi untuk kebaikan diri dan orang lain dengan kemahiran komunikasi yang lembut, bersopan-santun dan jujur. Namun perkara ini juga mengingatkan saya bahawa kebanyakan masalah wujud bukannya kita tidak saling mengingati, tetapi disebabkan cara penyampaian itu tidak betul.

Saya juga tertarik dengan perkataan KELUARGA HEP. Keluarga HEP melambangkan segolongan manusia yang berada di HEP hidup di bawah satu bumbung yang sama menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan demi kebaikan satu keluarga yang lagi besar iaitu IPTB. Saya suka dengan perkataan tersebut kerana perkataan keluarga ada pembawaan maksud pertalian dan pertalian itulah yang menjalinkan manusia di bawah HEP. Jadi sudah semestinya apa yang ada dalam keluarga? Yup, Kemesraan. Pada pendapat saya kita boleh mengeratkan perhubungan kita kerana kita memang berada di dalam keluarga IPTB. Oleh itu sama-sama kita mempelajari antara satu sama lain seperti mengambil kelebihan orang lain untuk mengisi kekurangan diri.

Sempena hari kebesaran ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada semua warga IPTB dan BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.

Pn Teoh

Pn Teoh
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Keluarga HEP Empty Re: Keluarga HEP

Post  salmiah Thu Oct 02, 2008 9:46 pm

betul..saya setuju..seronok je bile masuk HEP tgk multiracial dalam tuh..
lepas tu ada pulak akak2 yg keje dalam tu manis2 je..
kalau masuk mesti mr ravi atau mr eow yg pantas menegur kita..

salmiah
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

Kembali Ke Atas


 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik