Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

bagaimana wanita pilihan anda?

5 posters

Halaman 1 dari 2 1, 2  Next

Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty bagaimana wanita pilihan anda?

Post  mawar be Fri Oct 17, 2008 1:49 am

kepada sume lelaki2 di mktb nih....mcm mane ciri2 wanita pilihan anda? maksudnye apa kriteria2 bagi calon2 isteri anda?sekadar nk tahu pendapat korang je la.

mawar be
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty jawapan ana

Post  w@n$ tec Fri Oct 17, 2008 2:23 am

salam,,jus kongsi pendapat ana...hm,,nabi bersabda yg bermaksud: wahai pemuda2!!! barangsiapa yang mampu boleh wat keluar belanja,,nafkah,,maka bernikahlah,,, jadi,,, kahwinlah pada masa muda,,, jadi,,,bila kamu sudah berkahwin,, maka boleh memejamkan mata,, daripada hadis ini, bila kita dah ada isteri,,,mata xlah liar sangat,,,pejam mata disini bukan maksudnya pejam mata terus,,nnt terlanggar tianglah pulak,,,betul x?? hahaha... jadi bila dah berkahwin,,,terkawallah nafsu,,nafsu dapat dikawal,,, dan ia dapat menjaga kemaluan,,,xberlakulah zina dan sebagainya,,

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Wanita lagu mana?

Post  AriffPutera Fri Oct 17, 2008 3:22 am

Alhamdulillah. Ana percaya kebanyakan lelaki mengimpikan wanita yang solehah, baik budi pekertinya, sopan santun, boleh menerima diri mereka seadanya, boleh menerima keluarga mereka seadanya, pandai memasak, pandai menjaga hati suami dan baik, halus, lembut budi bicaranya. x gitu saudara- saudaraku sekalian?

p/s- Lain padang, lain belalang; lain orang lain cita rasanya. Yg tersenarai di atas bukanlah rujukan utama sehingga boleh membangkitkan isu- isu yang kurang enak. Cuma curahan pendapat berdasarkan beberapa pemerhatian. Also, it is just a few examples that I could list down. Anyone want to add some more?
AriffPutera
AriffPutera

Jumlah posting : 228
Join date : 15.09.08
Age : 37
Lokasi : Malaysia

http://tenteramalam.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty ciri2 isteri solehah bg ana

Post  w@n$ tec Fri Oct 17, 2008 10:55 pm

assalamualaikum,,,

perempuan yg solehah,, bila suami balik dari sekolah dia sambut kita dengan penuh gembira dan sehebat-hebatnya,,, yei yei abang balik yei yei abang balik....hah,, payah nk cari isteri macam ni,,

yg kedua selalu minta maaf dan bersalaman dengan suami tiap-tiap hari,,nabi bersabda yg bermaksud mana2 orang perempuan, dia ambil tangan suami, kemudian dia pegang kemudian di mintak maaf, maka gugur dosa sebanyak mana jari ada,, jari isteri 10,jari suami 10, maka 20 dosa gugur,, kalu pas solat isteri salam, pas hidang salam lagi, Allah,,, banyak dosa gugur...

yg ketiga,,, perempuan solehah ni bila suami tengok muka isteri maka membuat si suami itu gembira..nabi bersabda yg bermaksud,,, perempuan yang solehah ni bila kamu pandang muka isteri kamu dia menyebabkan kamu gembira dengan sebab mimik muka.. tp,,orang perempuan ni cerdik,, bila hujung 28 hari bulan tersenyum,,bila 15 hari bulan Allah muka,,, masyaAllah,, lagi kalu dia nak beli baju kita xbeli,,,Masya Allah muka macam flower horn.,,,hahahh

yg keempat,, isteri solehah dia selalu berhias macam pakai baju cantik2 untuk suami dia,,bukan berhias bila nak keluar dari rumah
Allah berfirman yg bermaksud... jgn kamu hei isteri2 mempertontonkan kecantikan dan perhiasan kamu melainkan bagi suami kamu..

harap dapat cari isteri solehah,,,,

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Stuju!

Post  AriffPutera Sat Oct 18, 2008 12:08 am

w@n$ tec wrote:assalamualaikum,,,

perempuan yg solehah,, bila suami balik dari sekolah dia sambut kita dengan penuh gembira dan sehebat-hebatnya,,, yei yei abang balik yei yei abang balik....hah,, payah nk cari isteri macam ni,,

yg kedua selalu minta maaf dan bersalaman dengan suami tiap-tiap hari,,nabi bersabda yg bermaksud mana2 orang perempuan, dia ambil tangan suami, kemudian dia pegang kemudian di mintak maaf, maka gugur dosa sebanyak mana jari ada,, jari isteri 10,jari suami 10, maka 20 dosa gugur,, kalu pas solat isteri salam, pas hidang salam lagi, Allah,,, banyak dosa gugur...

yg ketiga,,, perempuan solehah ni bila suami tengok muka isteri maka membuat si suami itu gembira..nabi bersabda yg bermaksud,,, perempuan yang solehah ni bila kamu pandang muka isteri kamu dia menyebabkan kamu gembira dengan sebab mimik muka.. tp,,orang perempuan ni cerdik,, bila hujung 28 hari bulan tersenyum,,bila 15 hari bulan Allah muka,,, masyaAllah,, lagi kalu dia nak beli baju kita xbeli,,,Masya Allah muka macam flower horn.,,,hahahh

yg keempat,, isteri solehah dia selalu berhias macam pakai baju cantik2 untuk suami dia,,bukan berhias bila nak keluar dari rumah
Allah berfirman yg bermaksud... jgn kamu hei isteri2 mempertontonkan kecantikan dan perhiasan kamu melainkan bagi suami kamu..

harap dapat cari isteri solehah,,,,

Btol tu ustaz wan. Isteri mcm ni la kita nk cari. Ader calon da ke ustaz wan?? Bile nk lgsungnye? Haha..
AriffPutera
AriffPutera

Jumlah posting : 228
Join date : 15.09.08
Age : 37
Lokasi : Malaysia

http://tenteramalam.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty belum lagi,,,

Post  w@n$ tec Sat Oct 18, 2008 1:48 am

assalamualaikum...

belum lagilah saudara koperal...nntlah,,klu ada rezeki insyaAllah ana jemput enta mai rumah ana,, ana ni jus nk share maklumat kepada muslimat pasal ciri gadis solehah yang diidamkan oleh lelaki.. ana bg tau ni pun agar mereka ni boleh jadi seperti apa yg telah ana tulis sebelum nie...doakanlah semoga guru pelatih muslimat di IPTB ni jadi muslimat yg solehah dan bertemu dengan bakal zaujah mereka yg juga soleh.. klu xsilap ana dalam surah an nur, Allah Ta'ala ada menceritakan tentang pasangan2 lelaki dan perempuan ni.. hmm,,lelaki yang baik utk perempuan yg baik dan begitu juga lelaki yang jahat untuk perempuan yg jahat.. semoga kita dapat membina kebahagian di dunia dan di akhirat kelak,,, wah,,nmpak ana ni mcm pakar je,,haha,,,xla,,cuma ana teringat tazkirah yg disampaikan oleh Ustaz Azhar kat Youtube... jgn salah faham tau.....Allahu robbi.. akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty tq ustaz wan

Post  mawar be Sun Oct 19, 2008 2:34 am

time kaseh ustaz wan di atas cadangan2 saudara..
smoga ia menjadi panduan kpd muslimat2 di iptb. kalu bleh muslimin2 lain bleh bg pendapat2 diorang. lagi satu nk tny?kenapa lelaki suka sgt memilih kepada wanita cantik je??selalu pandang kepada faktor luaran dulu?

mawar be
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Afuan...

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 5:32 am

assalamualaikum,,,

hm,,bukan ana sorang je yg bg pendapat,,saudara arif pun ada bg ciri2 wanita solehah,, tentang knp lelaki mementingkan luaran wanita untuk dijadikan bakal zaujah kerana byk sebab.. antara sebabnya seperti mana hadis Rasulullah tentang isteri2 solehah,, Al mar atul solihah,,iza roaita sarrokka,,, maksudnya,, perempuan yg solihah ni,,bila engkau pandangnya wahai lelaki2 membuatkan engkau rasa gembira,,,hm,ent jgnlah risau jika diri ent xseberapa cantik dgn diri Aisyah, isteri Nabi, semua kejadian ciptaan Allah ini ada hikmahnya,, ada orang perempuan yg berisi,,tetapi dapat juga berkahwin,, ada juga lelaki yg gemuk,,tetapi dapat juga berkahwin,,xperlu kita ambil contoh yg jauh,, ent kenal x Sir Kamal,, walau pun badan dia berisi,, namun ana tgk dia bahagia dgn keluarga dia,,dapat juga berkahwin,, malah jadi warden lagi di blok Aman,,, ana bukan nk kutuk dia,,tp cuma nk bg semangat jgn putus asa dan bersedih wahai muslimat sekalian,, insyaAllah masing2 ada jodoh,,cuma kena berusaha sahaja...

hadis yg kedua,,ana bg mafhum shj ya,,, Rasulullah pernah bersabda yg maksudnya: orang perempuan ini selalunya diselebungi atau dihiasi dengan gambaran syaitan,,maka apabila kamu wahai laki2 bila terpandang seorang perempuan, dan kamu terpesona dgn kecantikannya, keayuannya,maka kembalilah kamu kepada isteri kamu,,, utk pengetahuan,, hadis ni nk trgkan kepada kita bhwa apa yg dipandang oleh lelakik itu sbnrnya bukan muka wanita itu yg sebenar,,tetapi muka yg telah dihias oleh syaitan,,,itu sebab ada kadang2 org lelaki bila trpndang je muslimat,,dan dan kata "Allah cantiknya. Allah Moleknya" macam2lah...

bukannya Islam ni nk melarang muslimat nk bermake up2, bole sbnrnya tetapi dihadapan suami muslimat shj,, tp,,nnt jgnlah pulak p kelas muke tonye je,,,kang bukannya pensyarah yg masuk kek kelas,, tetapi LALAT,LANGAU yg mai ke kelas,,huhu..xdelah,,ana melawak je,,,
Allahu Robbii,Akulihaza...

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  TOKCIK Sun Oct 19, 2008 1:24 pm

Motivasi Dr. Hm Tuah Iskandar Buat Wanita dan Gadis ....

Cantik itu penting tetapi tidak usah terlalu dipentingkan. Ada orang hingga tidak sanggup keluar dari rumah kerana merasakan dirinya tidak cantik. Bagi wanita kecantikan adalah syarat hidup sempurna, sebenarnya bagi lelaki wanita cantik bukan syarat kebahagiaan.

Lelaki yang mudah terpegun dengan kecantikan selalunya tidak setia. Apabila pasangannya mula kelihatan hodoh, dia mudah terkalih perasaan. Tika itu dia mungkin merasakan cintanya telah tawar dan hanya manis kembali tatkala melihat wanita-wanita cantik di sekelilingnya.

Tidak usah perangkap lelaki dengan kecantikan anda yang palsu. Ramai wanita menghiasi wajahnya terlalu hingga memangsakan ramai lelaki tetapi kemudian ditinggalkan setelah wajah sebenar terserlah. Sudah tentu anda tidak mampu bersolek tebal 24 jam. Tapi itulah yang anda lakukan tatkala di alam percintaan. Tiba-tiba suami anda terkejut melihat anda tidaklah secantik sewaktu di alam percintaan dahulu. Tanpa mekap wajah anda biasa saja.

Kajian saya mendapati segelintir lelaki rasa tertipu pada hari kedua perkahwinannya. Pada hari kedua dia sudah dapat melihat wajah sebenar isterinya, yang selama ini ditopengi mekap tebal ‘sepuluh inci’.

Kecantikan dan bercantik-cantik itu memang penting, tapi tak usah hingga menenggelamkan wajah anda yang sebenar. Anda tentu tidak mahu orang menggagumi anda hari ini dan esok melupakannya. Berhiaslah seadanya untuk mencerlahkan keserian wajah.

Wajah yang berseri lebih berkesan daripada wajah ‘buatan’ yang kelihatan cantik sangat. Wajah yang berseri cukup dengan mekap seadanya.

Kecantikan umpama kereta. Ketika baru dibeli, rekabentuk dan warnanya memukau. Barunya harum dan seronok dipandu. Semakin lama semakin hilang serinya. Jika harganya mahal orang masih terliur melihat reka bentuknya walaupun warnanya telah mula kedam dan berdebu. Lama-lama ia tidak dipedulikan lagi kerana model-model baru sentiasa keluar dan kecantikan model-model baru ini sentiasa mengatasi.
Orang yang dahulunya membeli kereta berkenaan kerana cantik kini mula berfikir untuk menukarkannya. Persoalan cantik tidak akan ada kesudahan. Yang betul, membeli untuk kegunaan dan kekal sayang meskipun sudah ketinggalan zaman.

Jika anda tidak cantik, tak usah bersusah hati sebab tidak semua lelaki mementingkan kecantikan wajah sebagai syarat berteman. Ada lelaki yang tidak kisah sama ada cantik atau tidak asalkan hatinya berkenan, bersumberkan keikhlasan, budi pekerti serta pegangan agama yang mantap.

Lelaki yang benar-benar impikan kebahagiaan lebih mementingkan keperibadian daripada kecantikan, apalagi kecantikan luaran yang sengaja dibina untuk memukau. Kerana dia tahu kecantikan itu tidak kekal. Evolusi usia akan mengubahnya. Kecintaan yang dipahatkan oleh tautan hati yang jujur lagi ikhlas menjamin kehidupan sejahtera hingga ke penyudah.

Sebaliknya, kecantikan yang terlalu diada-adakan, akan berakhir dengan pertingkahan apabila kecantikan sudah tidak dapat dipermodalkan. Tiada manusia boleh kekal cantik dan tiada manusia boleh kekal muda. Tiba masanya kecantikan akan hilang dan muda bertukar tua.

Jika anda merasakan kurang cantik, ketahuilah itu hanya persepsi anda sahaja. Ukuran cantik tidak pernah sama antara seorang dengan seorang yang lain. Lihatlah orang yang kita rasakan langsung tidak cantik, kadang-kadang jodohnya dengan orang hansem; hingga kita berkata dalam hati, ‘Buta ke dia?’

Hiasi diri anda dengan keperibadian mulia, itu lebih utama untuk seorang wanita; hiasi juga wajah anda seadanya, sebab itu lumrahnya wanita. Usah terlalu merawat wajah nanti anda hilang identiti diri. Hargai diri kerana andalah satu-satunya; tiada duanya dan tiada tiganya. Hanya anda! flower
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty kelakar..

Post  Hamba Al Sun Oct 19, 2008 3:58 pm

salam,,maaflah, kat sini saya xbrp pandai nk bg tazkirah,,dan saya takut nk bg tazkirah kerana org yg bg tzkirah kat sini hbt2 belaka,,tp bila saya baca apa yg ditulis oleh ustaz wan,,mesti sy nk tergelak,,lawaklah die tulis pasal bab bersoleklah,,,bab muka isteri macam flower hornlah,, bab sambut suami bila balik dari sekolahlah,,...maaflah ustaz wan,,saya bukan nk kutuk ustaz, tp xmengantuk bila bace komen2 yg ustaz tulis,,

Hamba Al
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Allahu Robbi,,,

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 6:26 pm

Assalamualaikum,,,

kepad Hamba Al,, maaflah,,sebenarnya xbole ent cakap macam tu kat forum ni coz ia seolah2 memuji ana..sebenarnya puji2 ni hanya untuk Allah Taala sahaja dgn kalimah Alhamdulillah,,, klu x silap ana barangsiapa yg suka meuji2 maka hendaklah dilontarkan pasir ke atasnya.. ana xberapa jelas ini hadis atau tak,,sapa yg tau habaqlah na... maaflah hamba Al,ana bukan nk singgung perasaan ent tp ana sangat takut apa yg ana tulis ini menyebabkan ana jd xikhlas dan timbul rasa riyak,ujub dan sbgnya,,,harap Hamba Al faham ye...

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  TOKCIK Sun Oct 19, 2008 6:58 pm

w@n$ tec wrote:Assalamualaikum,,,

kepad Hamba Al,, maaflah,,sebenarnya xbole ent cakap macam tu kat forum ni coz ia seolah2 memuji ana..sebenarnya puji2 ni hanya untuk Allah Taala sahaja dgn kalimah Alhamdulillah,,, klu x silap ana barangsiapa yg suka meuji2 maka hendaklah dilontarkan pasir ke atasnya.. ana xberapa jelas ini hadis atau tak,,sapa yg tau habaqlah na... maaflah hamba Al,ana bukan nk singgung perasaan ent tp ana sangat takut apa yg ana tulis ini menyebabkan ana jd xikhlas dan timbul rasa riyak,ujub dan sbgnya,,,harap Hamba Al faham ye...

Pujian dapat membunuh karakter seseorang, tanpa ia sedari. Oleh karena itu, ketika seorang Sahabat memuji Sahabat yang lain secara langsung, Nabi Saw. menegurnya: “Kamu telah memenggal leher temanmu.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim, dari Abu Bakar ra.) Senada dengan hadits tersebut, Ali ra. berkata dalam ungkapan hikmahnya yang sangat popular, “Kalau ada yang memuji kamu di hadapanmu, akan lebih baik bila kamu melumuri mulutnya dengan debu, daripada kamu terbuai oleh pujiannya.” Namun ketika pujian sudah menjadi fenomena umum ditengah-tengah masyarakat kita, maka yang paling penting adalah bagaimana kita mengambil setiap pujian secara sihat agar tidak sampai lupa daratan dan hilang kontrol;serta terus berdoa kepada Allah Swt. agar dijadikan lebih baik dari apa yang tampak di mata orang. Selain itu, yang tidak kurang pentingnya, .. memuji tidak semesti dengan kata-kata, tapi akan lebih bererti bila diekspresikan dengan doa.


Ada beberapa teladan yang dapat disarikan dari kehidupan Nabi Saw., yaitu di antaranya : Pertama, Nabi Saw. tidak memuji di hadapan orang yang bersangkutan secara langsung, tapi di depan orang-orang lain dengan tujuan memotivasi mereka. Suatu hari, seorang Badui yang baru masuk Islam bertanya tentang Islam. Nabi menjawab bahwa Islam adalah solat lima waktu, puasa, dan zakat. Maka Orang Badui itupun berjanji untuk menjalankan ketiganya dengan konsisten, tanpa menambah atau menguranginya. Setelah Si Badui pergi, Nabi Saw. memujinya di hadapan para Sahabat, “Sungguh beruntung kalau ia benar-benar melakukan janjinya tadi.” Setelah itu baginda menambah, “Barangsiapa yang ingin melihat penghuni surga, maka lihatlah Orang (Badui) tadi.” (HR.Al-Bukhari dan Muslim, dari Thalhah ra.)

Kedua, Nabi Saw. lebih sering melontarkan pujian dalan bentuk doa. Ketika melihat minat dan ketekunan Ibn Abbas ra. dalam mendalami tafsir Al-Qur’an, Nabi Saw. tidak serta merta memujinya. Baginda lebih memilih untuk mendoakan Ibn Abbas ra.: “Ya Allah, jadikanlah dia ahli dalam ilmu agama dan ajarilah dia ilmu tafsir (Al-Qur’an).” (HR. Al-Hakim, dari Sa’id bin Jubair) Begitu pula, di saat Nabi Saw. melihat ketekunan Abu Hurairah ra. Dalam mengumpulkan hadits dan menghafalnya, baginda lantas berdoa agar Abu Hurairah ra. dikurniai kemampuan untuk tidak lupa apa yang pernah dihafalnya. Doa inilah yang kemudian dikabulkan oleh Allah Swt. Dan menjadikan Abu Hurairah ra. sebagai Sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadits.

diambil dari percikaniman.com Arrow
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Terima kasih

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 7:05 pm

Assalamualaikum,,,

wah..terima kasih na tokcik bg tau status pujian td,,,baru ana tau itu ungkapan SAidina Ali,,, semoga bertamnah berkat kehidupan enti dan keluarga enti...Amin Ya Robbal Alamin,,,

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty usaha utk mencari jodoh

Post  mawar be Mon Oct 20, 2008 10:57 am

ustz wan de ckp yg dlm mencari jodoh ni,kte kne la usaha.bleh terangkan dgn lebih lanjut x.ada kwn2 saya yang cakap cth berusaha ni adalah dengan ber'kapel'.tu yg saya x setuju tu.

mawar be
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  ..fudhai Mon Oct 20, 2008 3:06 pm

dalam nak mencari pilihan hati ini...bukannya boleh bawak main
silap langkah kita sendiri akan sengsara
bila dipikirkan...rasanya ana lebih mengingatkan rakan2 siapkan diri dahulu sebelum mencuba untk berpasangan...
dalam islam sendiri pun tuntut kita betulkan diri kita dulu seblum kita memimpin yang len..
betul tak ustaz wan..?
haha..
sy ni kurg ilmunya dalam bidang agama ni..
lebih elok kalo kita bertanya bila ada permasalahan...

sy tertarik pd pertanyaan mawar...laki mencari kecantikan untuk berpasangan...
pd sy, tak smua laki bertindak sedemikian...
anda sebagai wanita boleh menilainya...
mungkin ada pendapat yang mengatakan sebegitu, tp pada sy..tak smua nya..
mana yang mampu menilai sebelum mengambil sbg pasangan...pasti tk mengira sifat luaran...
tp sy tk dpt menolak faktor itu juga menjadi penarik ssorg lelaki itu...
penampilan, gaya percakapan, pergaulan, juga jd pnarik pd lelaki...

..fudhai
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Jawapan untuk mawar Be

Post  w@n$ tec Wed Oct 22, 2008 1:29 am

assalamualaikum...

maaflah,,,dah lama xmasuk,,,ana selsema + demam sedikit,,baru elok sikit,,, ok,,macam ni,,untuk jawapan mawar be,, cinta itu adalah sifat semulajadi bg suma orang,, ini semua kurniaan Allah Taala kepada kita semua.. bagi mereka yg telah berkapel,,, tahniahlah kerana telah mengikat satu hubungan sesama manusia.. tp jgn lupa ikatan antum antunna semua dengan Allah,, Hablum mina Allah,, WAhablum Minan Nas.. sebenarnya,, kalu betullah seorang muslim dan seorang muslimat bercinta,,kenpa tidak berterus terang dengan keluarga masing2? betul,,dengan kaedah kapel pun tidak ada masalah,,tetapi kena 'islamkanlah' kapel itu,, maksud ana,,mesti ikut panduan dan batasan Syariah yg Ulama2 dah buat siap dah utk panduan kita..tp hari orang xmau ikut.. klu sungguhlah berkapel,,,ada hukum yg MESTI muslimin dan muslimat lakukan,,

tidak boleh simpan gambar yg yg bukan muhrim,,, maksudnya lelaki simpan gambar wanita.. berpandukan pada ayat Zuiyinalinnas Hubbush Syahawatu Minan Nisak,ana xberapa jelas dari ayat mana tetapi maksudnya Allah Taala kurniakan kapada manusia khususnya lelaki nie PALING SERONOK ialah orang perempuan...maaflah klu terjemahan yg ana bg kurang tepat,, maksudnya kat sini bila kita boring,,kita lihat gambar muslimat,, teringat kenangan bersamanya,bole tgk malam2,sebenarnya xbole..nak amik keseronokan lihat gambar muslimat,,xbole..terutma bila kita lihat untuk nk puaskan nafsu,,,nak tgk kecantikannya,,memang xbole,, mula2 hantar mms,pastu bila dah makin rindu,, mula nk ajak keluar makan,,asalnya xdak apa masalah setakat muka sahaja,,,,tp bila dah enti tgk ana, ana tgk enti, tersengihnya macam kere,, maka ajak kuar,,habislah,,punah teruslah,,, xnafi berzina,, pegang aje tg punah terus...kita yg kapel ni mmg xnmpk zina tp org lain tgk zina..maruah tue tercemar terus..body xpunah lagi,,tp maruah tue tercemar terus..macam mana orang xkate zina??dgn body2 bagi sekali..
yela,,makin lama makin rapat,, hadiah dah macam2 dapat.. makan dah 40 xkali dah,,jam tgn,coklat, anak patung dah penuh satu bilik,,anak patung bukan jenis saiz S,,, tp saiz XXXXXXXXLLLL....masya Allah..akhirnya serah jiwa dan raga,,bukan raga sahaja malah dengan bakul2 sekali bgi..hahahah

oleh sebab itu,,Islam dah potong siap2 dah..Syaddu Zaroik..takut melarat...asalnya xda masalah setakat gambar aje,,, tp takut melarat,,islam dah kerat siap.. Allah cipta dah orng lelaki mmg minat kat wanita...dan sebaliknya..maka oleh sebab minat tue,,Allah Taala tasyrikkan atau disyariatkan nikah dan diharamkan zina..dalam proses nikah plak ada syarat2 pulak,,,huh,,mmg pnjg nak hurai.. jawapan ni berpandukan kepada apa yg ana faham daripada ceramah Ustaz Azhar Idrus..

kalaulah simpan gambar perempuan kerana suka2 pun Islam larang,,apatah lagi klu kita berkapel xikt syariah,,habis punah jahannamla,,,bercintalah selepas berkahwin...pasti best.. ana pun xde pengalaman lagi bab2 ni,,jd xtau setakat mana manisnya berkapel ni,,harap yg mana ana tersilap,maafkanlah,,ana xsengaja..Allahu Robbi.. Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Untuk Fudhai..

Post  w@n$ tec Wed Oct 22, 2008 1:50 am

Assalamualaikum,,,ana setuju juga dgn fudhai pasal bab persediaan,, macam ni,,,orang perempuan,perhiasannya macam yg antunna pakaila,,tetapi orang lelaki ada satu perhiasan yg amat bernilai,,kalah nilainya dengan wang ringgit,,kalah dengan kasut wanita yg beribu2 harganya dan sebagainya,,, perhiasan itu ialah ilmu,, bila berkahwin,,,orang perempuan klu ilmunya kurang pun xpe,,ada suami,,,jadi,,suamilah yg akan mendidik isteri bila dah berumah tangga.. masa belum nikah,,ibubapa adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap anak gadis mereka,,tetapi bila dah nikah,,tanggungjawab itu diambil oleh suami 100%,,, oleh sebab itu,,,si suami perlulah bersedia dari segi ilmunya,,kalulah si suami pun al mangkuk wal hayun,, maka pasti isterinya al hayun ila indon...hahah..maaf,,ana gurau je.. orang perempuan pulak xlah terkebil2 bila dah ada suami,, betul x?,, apapun,,bersedialah dulu dari segi rohani dan jasmani,kewangan dan sebagainya.. ana mmg teringt apa yg Ustazah Salmah nasihatkan guru pelatih BA,, time tu pasal pedagogi tahun 2005,,mungkin junior dan super junior pakai uniform sekolah menegah masing2 kot,, ustazah cakap Islamkan apa yg kamu ajar kpd anak didik kamu,,maksudnya klu mengajar matematik,,kaitkan dengan islam,,bila ngajar sains,,kaitkan dengan kehebatan Allah,,.. jadi,,bercinta,berkapel ape2lah ikutlah cara Islam,, ingt satu hadis Qudsi.. Allah Taala sebutkan Barangsiapa Yg X SUKA dengan HUKUM HAKAM Aku, selalu menentang Aku, Xsabar dengan UJIANKU, DAN x Syukur dengan Nikmat Aku,, maka KELUARLAH dari Langit AKU...

jadi,,kepada sesiapa yg nak buat MAKSIAT,,maka boleh buat maksiat,,,tp toksah dok bumi Allah,, p PASAR MALAM,, p tanye TOKEH,, ada jual x bumi????? klu ada,,p beli,,pastu kumpul anak beranak, panggil atuk,,nenek,,tok wan, tok cik semualah keturunan kaum kerabat,,p buat maksiat sampai pagi bute pun xpe..xde halangan sedikit pun,,, MAaf,,ana xniat nak tulis secara kasar,, tetapi itulah kena tegas bila melibatkan hukum Allah,, Ana Fakiru Ila Allah... Allahu Robbi..Akulihaza...

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  ..fudhai Thu Oct 23, 2008 7:20 pm

tme kasih...
bukan apa ustaz wan...
kita yang ada ilmu dan pengalaman apa salah nya membetulkan yang mana yang salah
ada ilmu tnpa amal bagai pohon yang tak bebuah..
jgn lah sesekali kita menjadi golongan sperti itu..
rugi pada ilmu yang kita pelajari..
insyaALLAH kita sama2 usaha untuk smua yang memerlukan

pd yg bru nak ceburi bidang percintaan ini..
ana nasihatkan agar pikir lah panjang2
bukan apa
ana tak nak lihat antum smua gagal
kerna lumrah manusia..siapa yang mahukan kegagalan..
jadi2 sama2 kita usaha pada kebaikan...
doa itu penting...
moga ALLAH sediakan kita dengan golongan2 hawa yang mampu membimbing kita bersama
disamping kita sama2 membimbing mana yang patot..
kan lebih indah begitu..
meriah hubungan...
landasan nya ISLAM...
sama sayang menyayang...
kasih sayang makin utuh....
baru dinamakan cinta sejati...
alangkah indah cinta sedemikian rupa

..fudhai
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  socrates Thu Jul 23, 2009 8:01 pm

huuu...
lamanya tak sembang mcm ni kat forum ni
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  T-Max Fri Jul 24, 2009 7:46 pm

bagaimana??
bagai pinang dibelah 2..
secocok je ngan saya...
T-Max
T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 66
Lokasi : In front my screen

http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  socrates Fri Jul 24, 2009 9:51 pm

alangkah baiknya jika thread ini masih hangat di pasaran mcm dulu...

pe kata ajak budak2 junior yg bru masuk tu join kat sini...
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Depa nk join ka sini??

Post  Mr. Secreto Sat Jul 25, 2009 2:38 pm

bdk2 br nk join forum ka??gua rasa mcm tak je....tp kalau ya ok gak..bleh menambahkan bilangan forumers IPTB...huhuhuh...tp x tau la gua, gua rs, mcm forum ni dh smakin boring..dh kuang penggunjung kot...biase la kot, dh skrg byk lagi WEB sosial sprt friendster, my space, facebook, tagged yg berada di dunia siber..so, diorng mls nk sembang2...btl dak socrates??

Mr. Secreto

Jumlah posting : 21
Join date : 28.05.09

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  socrates Sat Jul 25, 2009 11:57 pm

mmg pun..lambakan benda2 alah tu sedikit sebanyak mmg agak mganggu la..

tapi bg aku, tu bkn main prob la.. antara punca utama yg aku dpt lihat spt dbwh :

1) xder publisiti : pendapat aku, klu nk ajak bdk2 junior join kita, kita sdr kena expose forum ni kat depa.. let say waktu orentasi ritu, klu diberi peluang utk tonjolkan forum ni sbg pengetahuan diorang, aku pasti mesti ader jugak yg join..

2) bg peluang kt guru pelatih utk organize forum ni : hat ni bg aku plg penting..!! kita sdr tau apa yg kita nak.. klu ader penglibatan guru pelatih dlm moderise forum ni, aku rasa lagi byk idea2 yg leh dibuat.. dlm erti kata lain, dpt m'bantu dr.sajap dlm menyelia forum ni.. mana2 yg buat hal, cepat2 clearkan..

3) dasar keterbukaan : hat ni ramai yg masih ag konpius..termasuklah aku.. kita tau forum ni mmg free talk, tp ader sesetengah pihak cpt melenting bila kena batang hidung.. so, ramai la yg rasa mcm meluat je nk luah kat sini.. asal ckp, kena fire.. huhu..

4) attitude : ramai kalangan forumers dulu2 tu suka amek tau sape punya nickname.. bg aku, terserah pd individu.. klu dia rasa lebih selesa utk disguise & guna nick lain actually tak jadi msalah.. cuma kena lebih bertanggungjawab.. bg yg lain, tak yah setiap kali org komen sumer pakat nk tau apa nama sebenaq dia.. sbb ni la jd tak raaannncccaaakkk...

5) jgn cepat melenting : ni plak kelemahan kita dari dulu.. even topik baru2 ni pun kita ulang kesalahn tu ag.. kita tak sepatutnya melenting sapa2 kat forum ni.. biar la dia komen apa pun.. yg penting kita cuba share info.. dia salah kita betulkan.. mcm tu jgk sebaliknya

6) penglibatan lecturer : yg ni pun bg aku agak ptg.. klu ramai lecturer yg sanggup nk take part dlm discuss any thread maka akan ramai la guru pelatih yg akan take apart jugak.. waktu nila guru pelatih nk tengok kesungguhan para pensyarah dlm mengambil berat isu student yg bukan saja dlm kelas..

yg ni je dulu kot yg terlintas...
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Btl kata hang socrates...

Post  Mr. Secreto Sun Jul 26, 2009 4:35 am

mmg gua sokong kata2 hang socrates lebih-lebih lagi point no 3 n 5 iaitu dasar ketertbukaan n jgn cpt melenting...tu ler, gua dok perhatikan selepas Adminstrator discard free talk antara pelatih gua tgk forum ni dh jd sunyi, dh tak der orang nk join sini...hang ingt lagi dak dulu time tyra bank, merah jambu n geng2 kita berforum...pelbagai isu kita kupaskan...tp skrg suasana cm dulu dh tak wujud..mungkin akan terkubur selepas kita kuar thn depan Sad ...btl tak socrates???

gua ada buat analisis nape guru pelatih tak nk join forum..inilah hasil analisis gua..

1. guru pelatih tak bebas bersuara pasal perkara2 yg sensitif (sensitif ni tak termasuk isu perkauman).
2. tindakkan mungkin diambil apabila guru pelatih menimbulkan isu2 yang sensitif kepada semua pihak (pelatih, penyarah n sebagainya)
3. guru pelatih perlu mendaftar sebagai ahli utk berforum
4. pensyarah x nk join skali kot...hehehe

ok tu jah ler analisis gua...


UNTUK PENGETAHUAN SEMUA, SAYA DLM PROSES MEMBUKA WEB/BLOG YG KE-13. SEKARANG WEB/BLOG TENGAH DILANCARKAN. OKLAH SEMUA KALAU ADA MASA MAI LA MELAWAT DI WEB/ BLOG GUA..


Bluger - connecting bloggers http://www.bluger.ning.com


cinta tidak akan wujud sebelum kita menyintai illahi Very Happy

Mr. Secreto

Jumlah posting : 21
Join date : 28.05.09

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  T-Max Sun Jul 26, 2009 10:26 pm

mcm2 aih en secreto nih...ghajin dia dok buat web...
hmm soc...tu laa...asik kita jaa dlm nih...
part jgn cepat melenting tu aku suka...
sbb tu kalau ada org melenting dalam nih kita jangan laa 2x melenting..
igt lagi topic of the year tahun lepas...
sampaikan HEP kena censoredkan benda2 yg x sepatutnya didedahkan...
sbb satu isu...habis semua kena bantai...
x pasal2 forum jadi tempaht hentam menghentam...
T-Max
T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 66
Lokasi : In front my screen

http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

bagaimana wanita pilihan anda? Empty Re: bagaimana wanita pilihan anda?

Post  Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 1 dari 2 1, 2  Next

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik