Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

tazkirah best2..

4 posters

Halaman 3 dari 3 Previous  1, 2, 3

Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty Nilai Tudung Seorang Wanita

Post  ,, Wed Dec 31, 2008 2:06 am

Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.
Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.
Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya.
Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?
Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam.
Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. Mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.
Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati).
Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran.
Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki.
Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada’ dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita.
Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui “Islam is really beautiful.” Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya.
Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

,,
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty soal jawab menarik..

Post  TOKCIK Sun Feb 01, 2009 10:45 am

assalamualaikum..

dah lama rasa tokcik xsinggah ruang tazkirah ni..rasa tokcik nk berkongsi 1 soal jawab menarik mengenai apakah disiplin pertunangan dalam ISlam? dari http://www.zaharuddin.net/content/view/101/99/

soalan:

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?



Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini.



Jawapan : Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif’ dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.



Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati’ kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-



1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina “rumahtangga” bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk “ Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh” (Rujuk Kitab Nikah) ; , juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya : “telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : “ Adakah dikau punyai hajat kepadaku? “ ; maka anak perempuan Anas menyampuk : “ Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya ” ; maka Anas menjawab : “ Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW” ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ). Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ) Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)





2) Saudari diizinkan untuk menjemput sipemuda ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali’ lain di majlis itu, saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : “telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : “Adakah kamu telah melihatnya? : “Belum jawabnya” ; Nabi menjawab : “ Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)” ( Riwayat Muslim) Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu’bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : “ Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya – bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua” ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma’arif ; Sohih menurut Albani ) Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)





3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan : “ Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH ” ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami’ As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa) . Al-Allamah Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)



4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin’ boleh membawa fitnah dengan mudah. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)



5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu’ dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.


6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat), bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal’ lebih mudah.



7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

a. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.

b. Haram ber”dating” tanpa disertai mahram yang thiqah.

c. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat. ( sms, phone, chat, mesengger )

d. Awas fitnah masyarakat sekeliling.

e. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.

f. Haram melihat kepada aurat masing-masing.

g. Awas daripada bertukar gambar.

h. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.


Wallahu’alam.
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkan

Post  nurcahaya Sun Feb 01, 2009 3:03 pm

Panduan Memulakan Solat Setelah Lama Meninggalkan

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.
Tapi saya percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.
Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.
Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.
Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Untuk mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca, izinkan kami berkongsi panduan tentang teknik motivasi memulakan solat setelah lama meninggalkannya.

1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang anda lakukan, apa yang tak sepatutnya anda lakukan, dan apa yang sepatutnya anda lakukan.

Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa anda ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan anda hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.

2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana anda akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat.

Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang baik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya.

Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!
4. Buat nota peringatan dan galakan
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil).

Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju.

Tips ini mungkin kurang sesuai jika anda tinggal bersama rakan-rakan yang tidak mengerjakan solat. Dibimbangi ada yang kata anda nak tunjuk bagus.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Jika anda kurang bersetuju dengan point ini, saya nasihatkan supaya cuba dahulu. Anda pasti akan merasai kelainannya.

Bukan faham satu-satu ayat, tetapi satu-satu perkataan. Di situ akan bermula keindahan solat, di mana anda akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk meningkatkan rasa manis, indah dan seronok.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi anda. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya.

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah s.w.t dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian anda pada hari yang anda sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri anda dan berikan tahniah kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengerjakan solat.

10. Dapatkan adrenaline sewaktu mendengar azan
Adrenaline boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah.

Jika anda dapat menanam adrenaline ini sehingga menjadi tabiat, anda pasti akan meninggalkan segala kerja yang anda lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Best tak?

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri anda sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja anda memulakannya dan sentiasa peringatkan diri anda sedemikian.

Sekiranya ada rakan anda yang mengajak anda ke mana-mana sebelum sempat anda menunaikan solat, katakanlah saya belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu.

Ingatlah bahawa anda telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang anda telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka.

Mintalah rakan-rakan anda yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan anda.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa anda akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri.

Oleh itu lawanlah sehabis-habis mungkin. Ingatlah anda lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri anda, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri anda membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya.

Kesimpulan
Jika topik ini dirasakan tidak berkaitan dengan anda, ingatlah: Hari ini mungkin bukan hari anda. Esok lusa tiada siapa yang tahu. Diharap dapat dijadikan panduan kita bersama.

Sama-samalah kita saling memperingati sesama Islam.
Wallahu a'lam.

nurcahaya

Jumlah posting : 7
Join date : 29.01.09
Age : 37
Lokasi : penang

http://hanan.com

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty Tanda-Tanda Berbohong

Post  nurcahaya Sun Feb 01, 2009 3:10 pm

Tanda-Tanda BerbohongTanda-Tanda Berbohong

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinocchio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.

Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.

Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.

Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.

Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.

Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.

Kesimpulannya, sekiranya kita ingin mengesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa memerhatikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language sudah boleh menunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.

nurcahaya

Jumlah posting : 7
Join date : 29.01.09
Age : 37
Lokasi : penang

http://hanan.com

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty kepimpinan.....

Post  TOKCIK Tue Mar 16, 2010 5:26 pm

T-Max wrote:calon2 liberal pilihan aku kalah dan aku kecewa calon dari satu kos ni banyak menang......
wpun ada 2 3 org yg menang...
pola pilihanraya bagi sku sgt x adil...
tempoh berkempen bagi outsiders sgt terhad !!
selaku maktab yg mengutamakan nich perpaduan sepatutnya kuota JPP perlu diisi dr pelbagai kaum...
apa sudah jadi !!!
dengan kuasa yang ada pada pengarah saya ingin mendesak agar pilihanraya diadakan semula...
jumlah yg mengundi juga agak mengecewakan....
kalau x nak pilihanraya semula pun pastikan JPP tak dikuasai oleh 1 kos !!!
calon YDP pilihan aku Afif Nuruddin dan NYDP Khairul Anwar

Saya x kata saya takut...
Mcm sy cakap pengalaman lalu mengajar...
So kalau 135 lc masih x paham terpulang....
Amboi kurg sket perkara mungkar ye...
Lepas ni banyak laa perkara maakruf yer...
Insyaallah....
Budak2 dr kos tu buat mungkar org x nampak...
Yg kos lain terang2 nak dihukum...
Biarlaaa....

sekian dari T-Max

assalamualaikum w.b.t

tokcik ingin meminta maaf jika tazkirah kali ini agak tidak menyenangkan pelbagai pihak tetapi atas dasar tanggungjawab sebagai seorang muslim tokcik perlu respon dengan apa yang dibincangkan...terpulang untuk menerima atau tidak tapi jika dalil adalah dari Allah dan Rasul maka wajib dituruti...


A. maksud liberal

sebelum apa-apa mari sama2 kita lihat maksud liberal...liberal iaitu dari http://dict.rewaz.co.cc/search/browse/liberal.re
1.bersifat atau berpandangan bebas, berpandangan terbuka (tidak terkongkong kepada sesuatu aliran pemikiran dan sebagainya).

2. (bersifat) condong kepada kebebasan dan pemerintahan yang demokratik (misalnya menentang hak-hak istimewa kaum bangsawan), (fahaman) bebas kaum liberal orang yang menganut fahaman liberal

jd, persoalannya...sejauh manakah kita perlu liberal?bagaimanakah dikatakan seorang yang liberal dan kenapa kita katakan seseorang itu liberal??

B. maksud adil

Allah berfirman dalam Surah al-Maidah ayat 8 yang bermaksud ;

Hai orang-orang yang beriman,

hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) karena Allah, menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, karena adil itu lebih dekat kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan


Pengertian Adil-Adapun pengertian adil itu sendiri adalah sebagaimana yang diterangkan oleh Ibnu Qoyyim : "Orang yang adil itu ialah orang yang jika marah, kemarahannya itu tidak menjerumuskannya kepada kebatilan. Dan apabila ia senang, kesenangannya itu tidak mengeluarkannya dari kebenaran." (Risalah Tabukiyah hal. 63., Tahqiq Abu Abdirrahman Aqil bin Muhammad bin Zaid Al-Muqthiri Al-Yamani, Maktabah Dar Al-Quds, Shan'a, Yaman, cet. 1 th. 1411 H / 1990 M).

Terdapat beberapa pengertian yang di buat oleh Ulamak tentang adil:

1. Secara kebahasaan al-adl dapat diartikan sebagai keseimbangan.

2. Secara keagamaan diartikan sebagai ‘meletakkan sesuatu pada tempatnya’.

3. Kata al-adl dalam fiqh, yaitu daya psikologis yang menolak perbuatan buruk dan mendorong perbuatan baik.

4. Adil berarti menerima hak tanpa lebih dan memberikan hak orang lain tanpa kurang.

5. Adil berarti memberi hak setiap orang yang berhak tanpa lebih dan tanpa kurang dan menghukum orang yang jahat atau melanggar hukum setara dengan kesalahannya.



...persoalannya,mengapakah seseorang dikatakan tidak adil?salah siapakah jika pihak luar tidak sama2 mengundi?tokcik diberitahu ada yg berkempen menggunakan sms kerana lebih cepat dan cara ini sangat berkesan...buktinya bila disemak dalam senarai nama yang tanda tangan, kebanyakan ahli yang mengundi adalah hasil dari kempen melalui sms termasuklah atas dasar rasa tanggungjawab org yg di sms untuk sebarkan dan mengajak kpd rakan2 yg lain yg tiggal di luar...

C. kepimpinan bukan islam dan dikuasai oleh 1 kos.

Islam merupakan agama yang sempurna. Tidak ada satu pun aspek kehidupan ini yang terlepas dari pandangan Islam termasuklah aspek pemerintahan. Justeru itu, sebagai satu aspek yang bersifat semasa, maka pemerintahan ini tidak terlepas daripada mengalami proses tranformasi sesuai dengan peredaran zaman dan tempat. Perubahan ini hanyalah pada perkara-perkara yang bersifat ijitihadiah dan tidak kepada perkara-perkara prinsip dan dasar. Inilah yang menjadikan Islam sebagai satu agama yang fleksibel yang tidak hanya jumud kepada sesuatu perkara sahaja.

Di dalam sistem pemerintahan Islam, terdapat satu isu penting yang menjadi perbincangan di kalangan tokoh-tokoh politik Islam klasik mahupun moden iaitu berkenaan kepimpinan orang bukan Islam di dalam pemerintahan Islam. Isu ini boleh dikatakan persoalan baru kerana ianya tidak dilakukan pada zaman Rasulullah saw iaitu melantik golongan bukan Islam untuk memegang jawatan-jawatan tertentu di dalam pemerintahan baginda. Umat Islam pada ketika itu memegang tampuk pemerintahan secara total tanpa penglibatan orang bukan Islam secara langsung.

Namun, peredaran zaman menyebabkan keadaan yang sebaliknya berlaku. Negara Islam seperti Malaysia (jika dilihat dari segi majoriti masyarakat beragama Islam) yang mempunyai rakyat yang berbilang kaum tidak memungkinkan umat Islam memegang tampuk pemerintahan 100%. Tambahan pula, golongan bukan Islam ini juga menguasai bidang-bidang tertentu di dalam negara seperti ekonomi. Oleh itu, perlunya kepada penglibatan secara langsung golongan ini di dalam sistem pemerintahan negara.

jadi,memang tidak dinafikan perlunya beberapa orang kepimpinan dari orang bukan Islam di IP KTB tp bukankah pilihanrya telah dijalankan??adakah org bukan Islam tdk dtg mengundi??apakah tindakan pihak HEP yg sewajarnya?wajarkah pilihanraya diadakan semula memandangkan ramai yg tdk tahu mengenai hal pilihanraya ini?

D. budak2 dari kos 2 buat munkar org xnampak...

tokcik tertarik dengan ayat ini...tokcik rasa kos 2 mesti menjadi igauan ramai pelatih IP KTB...kerana tidak berterus trg di sini..betulkah org xnampak??tokcik rasa tokcik sendiri nampak...adakah kita nampak keburukan mereka lebih dari kebaikan yg mereka lakukan??adakah dalam kalangan mereka xmenegur sesama sendri??adakah kuasa yg mereka dpt ini slh 1 cara utk mereka atasi shbt2 dlm kalangan mereka seterusnya shbt2 dlm IP KTB seterusnya..???yg pasti Allah Maha Mengetahui...
walau apapun kos yg pegang kita perlu ingt bahawa kepimpinan yg dipegang adl tanggungjawab bukan keistimewaan..perlu diingat,bahawa Allah memilih Nabi MUhammad sebagai Nabi akhir zaman dan Allah telah menentukan pd zaman tersebut terdapat pelbagai jenis org jahil...dan di dalam setiap kaum arab itu terdapat bani-bani yang menjadi kelompok ‘asabiyah yang sangat mendalam. tetapi dari kalangan itu manakah yg plg jahil pd waktu itu??

Kepimpinan adalah perlu dalam sesuatu komuniti. Kepimpinan yang baik akan melahirkan generasi yang baik dan bertaqwa. Tanggungjawab memilih kepimpinan adalah terpundak diatas bahu kita bahkan merupakan satu tanggungjawab yang besar. Ini kerana kita yang menentukan kepimpinan yang bakal naik adalah satu barisan pemimpin yang tersusun,baik dari segi ketuanya hinggalah kepada pembantu-pembantunya.Dalam konteks ini Nabi SAW telah memberikan tunjuk ajar yang sangat berguna kepada kita dalam membentuk kepimpinan. Nabi SAW bersabda “jika Allah menghendaki pada seorang pemimpin itu kebaikan,maka Allah akan menjadikan pembantunya seorang yang benar,jika dia lupa maka pembantunya akan memperingati,jika dia ingat maka pembantunya akan membantu…”. Hadis ini telah memberi satu panduan yang baik kepada kita dalam memilih kepimpinan,kerana jika salah pilihan kita maka semestinya perjalanan organisasi tersebut akan terhuyung hayang.

Apabila kepimpinan telah dilantik,maka menjadi kewajipan juga kepada ahli-ahli untuk membantu kepimpinan yang telah dipilih. Bukankah al-Quran telah menyebut di dalam surah an-Nisa’ ayat 59 yang bermaksud ”taatilah Allah,dan taatilah Rasul dan pemimpin dikalangan kamu”. Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa mentaati pimpinan adalah wajib selama mana apa yang dikehendaki oleh pimpinan berjalan atas landasan syarak. Apabila konsep ini dilaksanakan dengan baik, barulah sesebuah organisasi itu dapat berjalan dengan lancar. Segala permasalah yang timbul pasti akan mendapat penyelesaian. Perkara yang berkaitan juga dapat kita ambil dari kata-kata Saidina Umar RA iaitu “..tidak ada kepimpinan kecuali dengan adanya ketaatan”.

Islam melarang sama sekali seseorang meletakkan ketaatan pada perkara maksiat. Demikianlah sepertimana yang disabdakan Nabi SAW “tidak ada ketaatan pada perkara maksiat”. Justeru,Islam telah meletakkan batas-batas apa yang dibolehkan dan apa yang tidak.

Lihatlah kecantikan yang telah disusun atur oleh syariat. Islam yang masuk kedalam setiap aspek kehidupan manusia ini telah menunjukkan bahawa konsep kepimpinan yang berlandaskan batas-batas syarak adalah yang terbaik dan mampu memberi keadilan kepada semua. Semua perkara ini adalah termasuk dalam proses muamalat antara pimpinan dan yang dipimpin.Jika konsep kepimpinan Islam ini difahami dan dilaksanakan dengan baik,nescaya akan lahirlah masyarakat Islam yang diidam-idamkan.



Sekali lagi tokcik mohon maaf..astaghfiruLLahal 'Adzim...semoga tokcik tidak menulis kerana marah atau hasad, sombong atau 'ujub...tapi atas dasar sayang,tanggungjawab..dan semestinya kerana Dia Tuhan Yang Maha Esa yang mentaqdirkan segalanya dan masih membenarkan kita hidup diatas muka bumi yg sementara ini...
rujukan:

http://www.dakwah.info/zaman-mekah-sirah-69/234-keadaan-di-madinah-ketika-hijrah
http://ustazrazi.blogspot.com/2010/02/sejarah-kelahiran-rasulullah-saw.html
http://dict.rewaz.co.cc/search/browse/liberal.re
http://ismashahalam.weebly.com/2/post/2008/06/perlindungan-perlindungan-oleh-jahiliyah-terhadap-rasulullah.html
http://www.babinrohis-nakertrans.org/content/view/339/66/
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty Re: tazkirah best2..

Post  T-Max Thu Mar 18, 2010 7:18 pm

orang tu saya merujuk pada 135lc...
T-Max
T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 66
Lokasi : In front my screen

http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty mmg bes tazkirah kat sne~ :)

Post  gadis biasa Sun Aug 22, 2010 10:13 pm

aslmkm..
sy baru je bbrape hri yg lepas bce tazkirah kt sne.. dr pg1 smpai 4.. mmg bes! tp syg x d smbung lg.. sy bkn ape.. cume heran.. knape d smbung?

gadis biasa

Jumlah posting : 1
Join date : 22.08.10

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty BarakaLLahu fik ya ukht gadis biasa..yg tokcik yakin seorang gadis yg solehah,insyaAllah..

Post  TOKCIK Thu Jan 27, 2011 2:41 am

Alhamdulillah kerana begitu ramai yg mahukan kebaikan..tokcik minta maaf kerana begitu lama tdk poskan tazkirah di sini.insyaAllah,selepas ini tokcik akn cuba post tazkirah2 lagi. di alukan shbt2 utk turut sama post.
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty Hikmah diam

Post  TOKCIK Thu Jan 27, 2011 9:46 am

Hikmah Diam

Manusia berbicara setiap masa. bicara yg baik akn membawa keselamatan dan kebaikan kpd manusia. jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akn merana di dunia dan akhirat. di sunia akn dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati org lain akn menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka.

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan Allah itu tidak digunakan berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan utk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkara-perkara lagha(sia-sia).

HIKMAH DIAM

1) Sebagai ibadah tanpa bersusah-payah
2) Perhiasan tanpa berhias
3) Kehebatan tanpa kerajaan
4) Benteng tanpa pagar
5) Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang
6) Istirehat bg kedua malaikat pencatat amal
7) Menutupi segala aib.

Hadith2 Rasulullah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yang banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya". (RIWAYAT ABU NAIM)

* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)

* "Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (RIWAYAT AT- TARMIZI)

Madah dari BERDIAM:

** BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA ssssssss....., BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG ssssssss..... YANG BANYAK CAKAP.

** MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH BILA MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG.

** KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI.

Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kepada kekuatan iman pada diri manusia..

oleh itu, sampai2kanlah ilmu ini, dari Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah S.A.W bersabda:

" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Wallahu'alam...
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty BAHAYA FITNAH

Post  TOKCIK Fri Jan 28, 2011 2:28 pm

"Penyebaran fitnah mudah berlaku dalam era teknologi komunikasi moden sekarang. Kemudahan khidmat pesanan ringkas (SMS), laman web dan emel membolehkan penyebaran maklumat tanpa memerlukan bertemu secara berdepan, lebih mudah, cepat, meluas dan murah. Teknologi yang sepatutnya digunakan untuk kebaikan disalahgunakan untuk menyebarkan fitnah. Penyebaran fitnah melalui SMS yang berleluasa memaksa kerajaan menetapkan peraturan semua pemilik kad prabayar didaftarkan."

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah. Wajib bagi Muslim menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah. Sebarang berita diterima perlu dipastikan kesahihannya. Kebijaksanaan dan kewarasan fikiran amat penting digunakan bagi memastikan tidak terpedaya dengan berita berunsur fitnah.

Firman Allah bermaksud: “Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Banyak pihak yang turut terbabit menyebar fitnah sebenarnya tidak mempunyai sebarang kepentingan berkaitannya. Tetapi, disebabkan amalan menyebar fitnah sudah menjadi kebiasaan, banyak yang turut menyertainya dan seperti mendapat kepuasan daripada perbuatan itu. Fitnah biasanya disebarkan bertujuan memburukkan individu atau kumpulan. Pada masa sama, perbuatan itu dapat menonjolkan dirinya sebagai lebih baik dan lebih layak berbanding orang yang diburukkan itu.

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah. Mengenai berita benar dan berita tidak benar yang disebarkan tanpa kebenaran atau kerelaan orang berkaitan, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

Fikir-fikirkanlah, sebelum menghantar e-mel atau SMS. Jika masyarakat Islam sendiri boleh berperang sesama sendiri kerana fitnah, apatah lagi masyarakat majmuk? Jika benar sekalipun beberapa berita, tetapi jika menyebarnya tanpa konteks ia seolah-olah menyiram minyak di atas bara api.
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty tokcik cuba

Post  TOKCIK Fri Jan 28, 2011 2:53 pm

... wrote:sangat bagus tazkirah oleh Tokcik, saya harap lepas nih ada lagi tazkirah yg lebih menarik dan kalau boleh yang lebih santai(moral dan sivik) agar dapat menarik minat kaum lain utk menghayatinya.. Cthnya cara yg dipraktikkan oleh dr HM tuah. Kata2 motivasi yg bersahaja tp ada isi dan bersifat global.. Bukan apa nanti dapat juga kita seimbangkan antara ilmu al-quran yg telah tetap dan tidak perlu dipertikaikan dgn ilmu logik(alam dan duniawi).. bkn apa manala tau ada miss jessy ka atau mr muthu ka yg duk baca comment nih..

alhamdulillah..cadangan yg sgt baik..tokcik akn cuba.sahabat2 boleh kongsikan sama ya..
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty Re: tazkirah best2..

Post  TOKCIK Fri Jan 28, 2011 3:13 pm

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty ANAK KECIL DAN SEKETUL BATU

Post  TOKCIK Fri Jan 28, 2011 3:21 pm


Seorang ekskutif muda yang berjaya sedang memandu di sebuah perkampungan di pinggir bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil di celah-celah kereta yang diletakkan di tepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut ; anak kecil tidak kelihatan tetapiseketul batu dilontarkan tepat mengena pintu di sebelah kanan kereta Waja tersebut.

Apalagi ekskutif muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat di mana anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus

meluru ke arah anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak di tepi jalan dan terus memarahi anak kecil tadi :

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada di sini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit ekskutif tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ;

" Saya meminta maaf pakcik, saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti di sini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat
untuk saya.

Dengan rasa terharu, ekskutif muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih , pakcik, saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan , ekskutif muda hanya melihat dengan sayu, anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Ekskutif muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran

Allah tidak menjanjikan hidup ini t idak pernah susah,
bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi
ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa
kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya.
Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty belajar dari pohon semalu..

Post  TOKCIK Fri Jan 28, 2011 3:27 pm

Pada suatu hari,
Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri
baginda,
Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di
bawah sebatang pohon
tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya
berdarah lalu mengadu
kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya
apalah gunanya pohon semalu
itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.
Rasulullah dengan
tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu
bahawasanya pohon semalu
itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah
terkejut. Rasulullah
menyambung kata-katanya lagi. Para wanita
hendaklah mengambil pengajaran
daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.


Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila
disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk
mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri
dan maruah sebagai seorang
wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang
sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah
hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat
kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan
sendirinya apabila senja
menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian,
kembalilah ke rumahmu apabila
waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari
semalU ini..
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

tazkirah best2.. - Page 3 Empty Re: tazkirah best2..

Post  Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 3 dari 3 Previous  1, 2, 3

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik