Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

budaya bercouple di maktab

+5
bijirin
AriffPutera
jawa_BoYz
socrates
T-Max
9 posters

Halaman 8 dari 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty wanita : akal senipis rambutnya

Post  TOKCIK Sun Oct 19, 2008 1:39 pm

budak ba wrote:Salam, dah lama x menulis kt ruangan maya nie.. tp ble da ramai org duk sebut jer pasal budaya couple neh.. pertama sekali nk sy tegaskan saya neh anti budaya berkapel kt mktb neh,, bkn aper benci sgt tgk .. bla kta tgk makin gedik n mnunjuk plak diowg nie.. bkn aper setuju dgn ckp2 ustad2 semua.. x slh nk pilih pasangan tp kan ada ad limit dia.. ini bpegang2 tangan peluk2 la.. sngaja nk mnunjuk2 betapa GEDIK, SIAL AND MURAHAN nya diri diaowg tu kt org ramai.. xder rasa malu ke untuk mak ayah kt umah tue.. kalo diaowg tahu x ke malu.. KADANG2 MUAL JER TGK... tmbh2 bdk pmpuan yg x sedar diri.. sy xnk salahkn pihak laki dlm soal nie.. sbb sayer tgk yg lebih2nya bdk pmpuan yg miang gatal bkn makin lagik..cuba la ingt mak ayah kt umah tue... MALUUU... tipu sgt bla dah bdua-duaan xder nafsu langsung...mcm2 bole jd.. tbe2 si lelaki hilang kawalan.. cmner??? Evil or Very Mad ntah la pikir2kanlah... bkn nk sibuk hal org tapi isu nie saya bincangkan secara umum.. dan kita boleh ambik iktibar dari byk kes dlm surat khabar.. kawin lari la.. mcm2.. kalo x silap dlm mktb kita ader kes yg sbb cinta x dtg kelas smpai pensyarah tcr2 kemana hilangnyer.. mula2 memang nampak mudah.. tp bla nafsu dah mguasai diri... mcm2 bole jd..SYAITAN IBLIS DIMANA2.. Saya ckp mcm nie utk nasihat diri jugak.. BUAT BDK PMPUAN IPTB jagalah MARUAH diri anda .. kalo rasa diri tue xde maruah n x syg pada ibu ngan ayah kt umah.. pelukla n pegang la tangan mana2 jantan pun.. tau x kisah.. peduli ape kan.. kita jugak kne cop pnybuk.. Evil or Very Mad

maafkan tokcik ya budak ba...izinkan tokcik yaa...

wanita : akal senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

p/s kalau berlaku pergaduhan antara 2 orang anak si bapak tidak memukul salah seorang daripadanya tapi kedua-duanya dipukul..,
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Kisah Benar - 6 alasan mengapa saya berzina

Post  TOKCIK Sun Oct 19, 2008 1:50 pm

Info ini amat sesuai dibaca oleh pasangan yang masih bercinta, masih dalam alam pertunangan dan kepada mereka yang baru nak berkenalan.
Biasanya golongan begini memang kerap melakukan aktiviti -ve seperti memandang, sentuhan, bersolek, haruman, duduk dan hiburan.

MEMANDANG seseorang terutama yang saya sayang, sangat sukar di tahan. Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya. Jarang nikmat
penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

SENTUHAN bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang . Tetapi, apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim, terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

BERSOLEK dan berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya. Ramai yang memuji wajah, rambut dan susuk tubuh saya yang menarik. Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

HARUMAN yang saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya. Alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

DUDUK berdua-duaan apa salahnya. Sesekali saya perlukan privacy. Lagi pun kami bukannya apa-apa. Tetapi, bila berdua-duaan begini, dorongan syaitan sukar saya tepis.

HIBURAN menjadi pengubat kesunyiaan saya. Tanpanya terasa kosong dunia ini. Saya selalu bersama kawan-kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert. Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

Firman Allah: (Al-Israa':32)
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Thanks tokcik

Post  alesana Sun Oct 19, 2008 1:59 pm

bagus tok cik.. sesuatu yg boleh kita renung2kan.. fikir2kan dlm sudut yg mendalam.. Very Happy Very Happy

alesana
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty hadis2x...

Post  budak ba Sun Oct 19, 2008 3:25 pm

mintak maafla.. niat sy baik cume nk tegur rakan2... sy x pndai mcm tokcik smpai nk kuarkan hadis... nyway tanks tokcik..nnti sy buat komen pedas awk kuarkanla hadis2 yg bersesuaian.. ek.. sy bkn aper x mrh diaowng nk couple tp kan org lain couple xder lebh2 mngada2 pun... BAK KATA PEPATAH PANDAI MAKAN PANDAI SIMPAN LA WEI... NI X.. NK CANANG SANA SINI... PLIZLA... matang ok dlm pemikiran... nyway sape yg ckp sy x pnh couple... pliz ek...kalo nk mnunjuk2 tue hubungan kerana nafsu bkn takat x diredhai... x kemana pun... PEACE!!! SAKIT MATA TGK ORG COUPLE DLM MKTB DUK TGEDIK2...MNGADA2... NK COUPLE BOLE.. MAIN JAUH2X...HAHAHA Cool

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty ...

Post  abcd Sun Oct 19, 2008 3:29 pm

PEACE!!! SAKIT MATA TGK ORG COUPLE DLM MKTB DUK TGEDIK2...MNGADA2... NK COUPLE BOLE.. MAIN JAUH2X...HAHAHA

nti kite wat maktab khas utk bdk2 couple yea.. xlah ko sakt mata..

abcd
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty bkn isu main2 tau...

Post  budak ba Sun Oct 19, 2008 3:47 pm

abcd... memang la sy ckp seolah2 lucu... tp pandangla isu ini secara serius apa yang sy utarakn... memang sy rasa pihak berwajib ke wujudkan jawatankuasa pencegah maksiat kt dalam mktb neh... baru gerun skit diaowng nih... nk mngada2 n buat hal... amcm ok????

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  cejuk Sun Oct 19, 2008 3:50 pm

x payah laa ko nk tunjuk baik kat sini budak ba..entah ko pun dating gak..ngate org je lebih..

cejuk
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  TOKCIK Sun Oct 19, 2008 4:03 pm

budak ba wrote:mintak maafla.. niat sy baik cume nk tegur rakan2... sy x pndai mcm tokcik smpai nk kuarkan hadis... nyway tanks tokcik..nnti sy buat komen pedas awk kuarkanla hadis2 yg bersesuaian.. ek.. sy bkn aper x mrh diaowng nk couple tp kan org lain couple xder lebh2 mngada2 pun... BAK KATA PEPATAH PANDAI MAKAN PANDAI SIMPAN LA WEI... NI X.. NK CANANG SANA SINI... PLIZLA... matang ok dlm pemikiran... nyway sape yg ckp sy x pnh couple... pliz ek...kalo nk mnunjuk2 tue hubungan kerana nafsu bkn takat x diredhai... x kemana pun... PEACE!!! SAKIT MATA TGK ORG COUPLE DLM MKTB DUK TGEDIK2...MNGADA2... NK COUPLE BOLE.. MAIN JAUH2X...HAHAHA Cool

ya..tokcik sakit mata jugak budak ba...tokcik faham apa yg budak ba maksudkan..bencilah dengan kemungkaran yg dilakukan manusia....benci pada kemungkaran tidak sama dengan benci pada manusia ok...

couple yg berjumpa di hadapan org ramai sekalipon boleh menimbulkan fitnah..inikan pula jika bersunyi2an...tokcik hrp rkn2 dpt elak dari fitnah ini...jgn rasa bangga jika melakukan maksiat..selain menjaga hubungan dengn Allah, kita juga perlu jaga hubungan kita dengan manusia..ambil berat dgn apa yg dikritik oleh rkn2 ok..perbuatan kita melambangkan diri kita, harga dir kita dan maruah diri kita...dan setiap perbuatan pasti akan dihisab di hari kebangkitan kelak...
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty ko nih berfikir gune lutut ke????

Post  budak ba Sun Oct 19, 2008 4:08 pm

cejuk... ko nie berfikir gne lutut ke??? or pasal ko sejuk ko x dpt bfikir dgn waras.... xkn la aku nk utarakan semua nie kalo aku sndiri buat perangai... pelikla... kalo sejuk pegi jer masak air panas... suam kan air tue mndi tau... g main jauh2x... ahakss..

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  socrates Sun Oct 19, 2008 4:13 pm

ASTAGFIRULLAH...

isu mcm ni mmg serius...tambahan melibatkan org yg dikatakan celik agama...

bg aku,klu niat ko baik wahai budak ba,g laporkan perkare ni kpd yg lbh berhak...biar diambil tindakan supaya di masa akn dtg dijadikan iktibar dan tauladan...

ps: fenomena couple2 ni mmg leh bwk mcm2 pandangan & tafsiran...tepulang pada dr msg2 mcm mana nak bwk isu ni
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  socrates Sun Oct 19, 2008 4:15 pm

budak ba wrote:cejuk... ko nie berfikir gne lutut ke??? or pasal ko sejuk ko x dpt bfikir dgn waras.... xkn la aku nk utarakan semua nie kalo aku sndiri buat perangai... pelikla... kalo sejuk pegi jer masak air panas... suam kan air tue mndi tau... g main jauh2x... ahakss..


rilek2 sudah...xyah smpai nak bwk gaduh...be matured ok..
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  cejuk Sun Oct 19, 2008 4:18 pm

alah...ko x payah laa budak ba..
kalau ko betul2 nk basmi kapel ni..
tak pun ko buat skuad anti kapel...
bek ko lapor je kat HEP..
gi repot kat encik ibrahim..
setakat ko nak kecoh dalam ni pastu tuju budak itu laa..
ko ni same je mcm cakap x serupa bikin..
jgn ujub !!!

cejuk
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Terkilan

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 4:26 pm

Assalamualaikum,,

Ya Allah,jauhkan diri kami dari fitnah wanita, fitnah dunia dan azab api neraka,,amin,,

sebenarnya,,ana rasa terkilan terhadap apa yg telah ditulis oleh budak ba ni,,dan ana rasa ana kenal ent,,klu xsilap ana gaya penulisan ent sama dgn gaya percakapan ent di kelas,,,ana pun budak ba,,tp sekurang2nya ana xtulis diri ana sebagai budak ba,, ana harap ent ubahlah nama ent sebagai budak ba kepada penyelamat muslimat ke,ape2lah,,ana xmau org akan pertikai japim kerana budak ba..

sebenarnya,,ana faham keadaan ent yg mahukan semua orang yg bercouple di IPTB ni ikut cara islam,,ana tidak salahkan ent dan tidak menghalang niat ent tue,,akan tetapi gunakanlah cara yg lembut,,ent seorang muslimat di IPTb,,sepatutnya kelembutan yg ada di sisi ent tue, ent gunakan sebaik yg mungkin,,,gunakanlah perkataan atau kalimh yg sedap dibaca,,jgn berkasar sgt,,mgkn budak junior ni masih di alam sekolah menengah lg,,mereka tidak tahu cinta mengikut islam itu macam mana,,,klu xkuarkan hadis pun tidak mengapa,,,ent kena ingt prinsip islam,, tak dapat buat semua,,JGN tinggal semua,, maksudnya,,kalu ent ada idea, tp xdapat nk selitkan dalil, bagi ajelah,,,

ana bukan nak menyerang ent,tp cara tu yg perlu diperbaiki,, kepada semua yg lain,,jgnlah salahkan budak ba ni,, kita sama2 perbaiki,,dan ustaz yg couple kat cafe itu pn ana kenal walaupun ana xtengok dia pd waktu tue,,

kalu antum suma nk bercinta,bercintalah,,tp ada batasan2 yg perlu dijaga,, hari ini,, ada org kata ustaz,,xpe ustaz,,saya boleh tahan klu tgk muslimat,,jiwa saya kuat,,salah tue sbnrnya,,sedangkan wali pun tersungkur,,apa ntah lagi kita yg iman xberapa kuat nie,, aa fakiru ila Allah,,, Allahu Robbi..Akulihaza...

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty budak ba

Post  semalu Sun Oct 19, 2008 4:44 pm

w@ns tec....aku rasa budak ba ni bukanlah budak ba yg w@ns sangkakan...

dari komen2 yg aku baca...dia ni mcm dak sains r..tul x budak ba??jujur r k..
a

semalu
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty SY BKN BDK BA...

Post  budak ba Sun Oct 19, 2008 4:56 pm

pembetulan untuk semua... saya nie bkn bdk ba tp nick name sy ialah bdk baikk... cume ia dkt forum nie dia kuar name bdk ba bkn budak baikk.. jd jgn la bdk2 BA sume risau... sy xkn mempergunakn name kelas korg swenang2nya...nie adalah atas salah fhm... Lagipun x tringin sy nk gunekan title bdk ba plizla... x de maknanyer... bounce

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  socrates Sun Oct 19, 2008 5:02 pm

bg aku xkisah la dia budak kelas mana pun...mmg dah hak dia utk bersuara...

cuma pesan aku untuk budak ba...klu mmg ko xsuke ap yang ko lihat tu nanti wat laporan...mmg benda ni xleh compromize...!!!

ps: jgn hingaq saja kat dlm blog sudah n takut untuk melaporkan...!!!!
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty sokong semalu..

Post  yu-jin Sun Oct 19, 2008 5:05 pm

huh..mencetus kontroversi je ko neh bdk ba..tlehlaa nm len kalu dah taw xmuat..xpon register je laa nm ko budak baek..
tu laa aku duk pk2.spnjg aku knai bdk ba..xde pon yg style ckp gtu..cool je ng aku..
aku da lm knal la dak klas ba..sjak sm2 mule menapak kat iptb nih lg...
w@n's..mtk maap ye ng muslimat yang ent kata (...ana rasa ana kenal ent,,klu xsilap ana gaya penulisan ent sama dgn gaya percakapan ent di kelas,,,ana pun budak ba,,tp sekurang2nya ana xtulis diri ana sebagai budak ba,, ana harap ent ubahlah nama ent sebagai budak ba kepada penyelamat muslimat ke,ape2lah,,ana xmau org akan pertikai japim kerana budak ba..)..xpasai2 je ati da TERkotor..TERtuduh org..huhu..jgn mudah buruk sangke .. No
slmt beramal..

yu-jin
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty XKN LAPORKN LAGI..

Post  budak ba Sun Oct 19, 2008 5:12 pm

br nmpk sekali jer...so mls nk report2 kalo da bleluasa memang kne report arr... nyway buat saudara wan tec... jgn duk meneka siapa saya nie... kalo awk tslh teka tfitnah org mcmna.... so bak kata LAGU CT-BIARLAH RAHSIA... hahahaa...

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  cejuk Sun Oct 19, 2008 5:52 pm

mcm mana dh ada org kenal kool..
pasni budak ba lak...
teruskan posting yaa..
jgn tukau-tukau nick ko..senang sikit nk cari..

cejuk
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Ana minta maaf..

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 6:12 pm

Assalamualaikum,,,

oh,,baru ana faham,,maaflah kepada semua yg terlibat terutama kpd budak baik ni,,la,xsangka nama yg dia nk buh budak baik,,, apapun,, makziratan ya ashabi wa ashabati,, semoga Allah Taala memaafkan kesalahan dan kesilapan ana akibat berburuk sangka terhadap budak baik,,, ada satu kisah selepas sahaja pembukaan kota mekah, semua orang kafir sangat takut dan menyorok dan xmau bersemuka dgn nabi,,lalu nabi mengumpulkan mereka semua dan tidak disangka2 semua orang kafir terkejut sebab apa? sebabnya Nabi telah pun memaafkan kesalahan orang kafir,,lantas daripada perbuatan Nabi ini, orang kafir mekah berduyun2 masuk Islam,,, Maha Suci Allah,,, inilah kehebatan Nabi bila Dia memaafkan kesilapan umat dia sendiri... jadi,,harap budak baik pun dapat memaafkan kesilapan ana ye....Allahu Robbi...Akulihaza

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty jauhi suu'uzzhon

Post  yukiko Sun Oct 19, 2008 6:22 pm

SALAM MUHIBBAH
Kepada yang telah berburuk sangka.,, perbetulkan hati semula..
Harap antum dapat menilai antara kaca dan permata dalam kelas ba @ pa ..Mungkin yang jauh yang antum Nampak, padahal yang dekat langsung dipejam mata.

Kepada ahli2 ba@pa.. Jagalah peribadi, ubah persepsi org terhadap antum.
Kerana setitik dakwat diatas kertas putih bersih, dakwat itulah yang Nampak, sedangkan ruang yang banyak masih putih bersih langsung tidak Nampak, terkabur begitu saja..

p/s: dunia sekarang,, fitnah berleluasa, maksiat bermaharajalela.. itulah tanda2 kiamat dah dekat… semoga kita sentiasa dalam ghaddul basar, husnu zhon dan dalam naungan Allah agar tidak terjebak dalam kancah dosa..
Sad

yukiko
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Setuju...

Post  w@n$ tec Sun Oct 19, 2008 6:33 pm

Assalamualaikum...

ya,,ana sangat setuju dgn apa yg dikemukakan oleh Yukiko nie.. lagi2 di bulan syawal ini,, masuh sempat utk bermaaf maafan,,dan ana telah pun berburuk sangka terhadap budak baik,,, harap ent maafkan ana,, ana pun bukannya mulia sangat,,manusia asal daripada perkataan nasiya iaitu pelupa,,mmg ana ini mudah lupa dgn perkataan baik sangka...harap dapat berubah dan teruslah menasihati ana agar menjadi lebih baik utk hari yg seterusnya...ok???? Tubna ila Allah Warojakna Ila Allah Wa nadimna a'la ma faal na,,maksudnya: aku bertaubat kepada Allah,, dan aku kembali kepada Allah,, dan aku menyesal terhadap apa yg telah aku lakukan... Amin... Allahu Robbi,,, Akulihaza..

w@n$ tec
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty maaf diterima

Post  budak ba Sun Oct 19, 2008 7:46 pm

kepada saudara wan's tec... maaf anda diterima... usul periksa dulu.. sebelum terjah... bak kata NAS AHMAD dlm MELODI TV3..." KURANGKAN KONTROVERSI TINGKATKAN PRESTASI.. BUHBYE.. MUAHHHSSS.... Rolling Eyes

budak ba
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty sudah2lah..

Post  yu-jin Sun Oct 19, 2008 10:03 pm

sudah2lah mencemuh menuding jari sana sini..xselesai mslh..
meh bc ni meh..wat renungan kita bersama..

Banyakkan Ajakan, Kurangkan Ejekan
oleh: masrurah



RAMAI orang minta orang lain berubah. Anak-anak mesti berubah. Remaja sering ditanya kenapa berdegil tidak mahu berubah-ubah? Malah, ada juga orang bertanya kenapa ekonomi tidak berubah, politik pun macam dulu tidak berubah-ubah. Pendek kata, semua kena berubah.

Sebenarnya rahsia perubahan bermula dengan mengubah diri sendiri. Jika mahu ubah keluarga, ubahlah diri dulu. Jika diri berubah barulah keluarga terubah, masyarakat berubah, malah hendak ubah negara pun ubahlah diri sendiri. Jika hendak ubah orang lain tetapi kita tidak ubah diri kita, orang akan ketawakan kita. Maksudnya asyik memikirkan kesalahan orang, keburukan orang, kelalaian orang tetapi lupa untuk membetulkan diri. Kita berani membuka keaiban orang, membincangkan keburukan orang tetapi jarang berani melihat keaiban diri sendiri. Tidak ramai orang berani mengakui kelemahan diri. Amat sedikit orang berterima kasih apabila ditegur dan dinasihati, sedangkan agama Islam didasari dengan saling nasihat menasihati. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesungguhnya agama Islam itu nasihat.”


Kita perlukan remaja dan pemuda yang hebat untuk mewarisi negara dalam menghadapi cabaran global yang kompleks. Remaja yang berjiwa besar ialah remaja yang boleh menerima dan berkongsi kekuatan dengan orang tua berpengalaman. Orang tua yang hebat juga ialah mereka yang memahami dan menghormati perasaan remaja. Pendek kata, mereka yang berjiwa besar menjadi ejen pengubah dan perubahan datang daripada diri sendiri. Inilah calon orang-orang besar. Kegigihan mengubah diri sendiri membuatkan orang lain melihat dan merasakannya, malah memberi pengaruh pada orang di sekitarnya. Dia menjadi dorongan serta simpati juga untuk berubah. Kita tidak boleh menguasai hati orang untuk berubah dan orang pun susah untuk menguasai diri kita. Paling penting kita menggunakan kekuatan yang ada untuk dimanfaatkan orang yang rapat dengan kita.

Mula-mula ubah diri kita, isteri kita, anak-anak kita. Jika semua bertindak proaktif begini tersebarlah perubahan itu. Ramai orang berkata “susahnya hendak ubah remaja” , “isteri degillah” , “pekerja keras kepalalah.” Jawapan sebenarnya ada di dalam diri kita, asalkan jangan terlebih dahulu menyalahkan orang lain. Memang mereka pun ada salah, tetapi kita pun ada silap juga. Mungkin cara penyampaian yang tidak kena. Kekuatan mengajak memang disuruh tetapi jangan lupa kekuatan 'memberi contoh' amat penting. Rasulullah s.a.w. diutus untuk mengajak dan memberikan contoh baik. Kita pula banyak mengajak tetapi kurang memberi contoh yang baik.


Banyakkan ajakan, kurangkan ejekan.
Berinteraksilah, jangan berkonfrantasi.
Sayangilah jangan membenci.
Perubahan bermula dari diri sendiri.

yu-jin
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty berbaik-baiklah...

Post  Pata H Sun Oct 19, 2008 10:31 pm

Berubah kearah jln yg lebih baik.. Macamana kita nak berubah? Semuanya atas diri sendiri. Perubahan tidak perlu secara mendadak.. Cukuplah ianya berlaku sedikit demi sedikit.. Kadang2 perubahan berlaku apabila terjadinya sesuatu situasi dan perkara. Disitulah kita dapat sedikit pengalaman,pengajaran dan panduan.. Kita ambillah pengalaman itu utk membentuk perubahan. Kata2,teguran,nasihat,dan pujian boleh menjana perubahan diri manusia. Setiap manusia secara sedar atau pun tidak akan berubah seiring dgn peningkatan diri masing2. Cuba anda perhatikan perjlnan hidup anda.. Dari anda di pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah dan ke institut perguruan ini.. Mcm2 pengalaman dan perhubungan yg anda secara sedar atau pun tidak telah berlaku.. Seseoorg itu akan dihormati kerana ilmunya dan banyaknya pengalaman hidup. Begitulah kita nih sebagai manusia. Kadang2 berlaku permasalahan,salah faham,iri hati,cemburu,bermusuh,dengki dan xpuas hati.. Cumanya atas diri masing2 utk mengendalikannya samada kearah baik atau buruk.. Anda akan berubah seiring dgn peningkatan umur dan pengalaman yg ditempuhi. Maka dlm membina perubahan ini perlulah anda bersikap positif,bersederhana dan gunakan kaedah mengelak dan mencegah. Kaedah mengelak dan mencegah ini umum dan bersifat global.. Mungkin ada antara kita boleh menghuraikan dgn lebih terperinci. Sifat bersederhana juga dapat mengelak diri anda dari fitnah,bermusuh dan hasat dengki..

p/s: semuanya atas hati masing2.. Yg penting anda perlu tekad dan terima sesuatu perkara dgn terbuka..

Pata H
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 8 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 8 dari 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik