Forum IPTB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

budaya bercouple di maktab

+5
bijirin
AriffPutera
jawa_BoYz
socrates
T-Max
9 posters

Halaman 9 dari 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Fitnah

Post  Hide Mon Oct 20, 2008 1:25 am

Fitnah boleh berlaku apabila org lain memperkatakan persoalan kita tanpa diakui kebenarannya. Sebab apa perkara ini berlaku?? Mungkn spt yg bdk baik ckp tuh.. Dia nmpk satu situasi keadaan 2 individu sedang berhubung. Satu lagi apabila seseorg memperkatakan perihal anda tanpa pengetahuan anda. Contohnya perihal peribadi individu tertentu. Si A bersembang dgn si B, dlm secara x langsung si A menceritakan dan menanyakan perihal si C kpd si B. Cerita tentang si C belum ditentukan kebenarannya. Dari situ jadilah satu unsur fitnah.. Kebetulan pula cerita si C dapat diketahuinya sendiri. Maka pergaduhan dan salah sangka boleh berlaku. Hubngan yg baik pon akan jadi x elok. Ukhuwah yg terjalin pon akan renggang dan org akan menjauhkan diri dari anda. Harap2 Tok CIk/ Yu kiko/yu jin atau saper2 boleh memperjelaskan lagi berkaitan dgn fitnah ini..
Shocked Smile Very Happy

Hide
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  TOKCIK Mon Oct 20, 2008 8:10 am

Hide wrote:Fitnah boleh berlaku apabila org lain memperkatakan persoalan kita tanpa diakui kebenarannya. Sebab apa perkara ini berlaku?? Mungkn spt yg bdk baik ckp tuh.. Dia nmpk satu situasi keadaan 2 individu sedang berhubung. Satu lagi apabila seseorg memperkatakan perihal anda tanpa pengetahuan anda. Contohnya perihal peribadi individu tertentu. Si A bersembang dgn si B, dlm secara x langsung si A menceritakan dan menanyakan perihal si C kpd si B. Cerita tentang si C belum ditentukan kebenarannya. Dari situ jadilah satu unsur fitnah.. Kebetulan pula cerita si C dapat diketahuinya sendiri. Maka pergaduhan dan salah sangka boleh berlaku. Hubngan yg baik pon akan jadi x elok. Ukhuwah yg terjalin pon akan renggang dan org akan menjauhkan diri dari anda. Harap2 Tok CIk/ Yu kiko/yu jin atau saper2 boleh memperjelaskan lagi berkaitan dgn fitnah ini..
Shocked Smile Very Happy

Para ulama tafsir dan bahasa Arab merujuk fitnah yang disebut dalam al-Quran kepada beberapa jenis:
1- Masuk (perkara negatif).
2-Membakar.
3-Musibah (bala atau ujian).

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: ``Tahukah kamu apa itu mengumpat?'' ``Tidak,'' jawab sahabat. Balas Baginda: ``Mengumpat adalah kamu menyebut tentang kawan kamu apa yang dibencinya.'' Para sahabat bertanya lagi, ``Bagaimanakah sekiranya sesuatu yang disebut itu ada padanya?'' Jawab Rasulullah s.a.w.: ``Itulah maksudnya mengumpat.'' Nabi berkata lagi: ``Kalau kamu menyebut apa yang tidak ada padanya, itu adalah fitnah.'' (Riwayat Tirmizi)

sumber : telaga biru sdn bhd

Dosa membuat fitnah digolongkan sebagai dosa sesama manusia. Justeru, dosa itu tidak akan diampunkan Allah, melainkan orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu. Mungkin ramai menyangka perbuatan menyebarkan berita fitnah sekadar satu kesalahan kecil. Sebab itu, perbuatan seumpamanya dilakukan seperti tiada apa merugikan.

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

Penyebar khabar angin biasanya menyebut perkataan ‘dengar khabar’ mengenai berita yang disebarkan. Bagaimanapun, apabila berita tersebar daripada seorang ke seorang, maklumat yang belum sahih itu sudah hilang dan kemudian disebarkan seperti berita benar. Dalam Islam, sesuatu berita benar tetap tidak boleh disebarkan jika orang yang berkaitan cerita itu tidak mahu ia disebarkan kepada orang lain. Menyebarkan berita benar tetap dilarang, inikan pula menyebarkan berita tidak benar.

Imam Ghazali dalam buku Ihya Ulumuddin menjelaskan perbuatan membocorkan rahsia orang lain dan menjejaskan kehormatannya dengan cara membuka rahsianya yang tidak mahu diketahui orang lain dianggap sebagai perbuatan mengadu-domba dan fitnah.

Larangan mencari dan membocorkan rahsia orang lain jelas dilarang Allah seperti dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: “Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang lain.” (Surah al-Hujurat, ayat 12). Justeru, setiap Muslim perlu bijak menilai sesuatu berita bagi mengelak daripada menerima dan kemudian menyebarkan sesuatu berita berunsur fitnah.

Perkara pertama perlu diberi perhatian untuk memastikan kesahihan berita ialah memastikan sumber berita itu, yakni siapakah yang mula menyebarkan berita dan rantaian orang yang membawa berita itu. Umat Islam tentu tidak lupa pada sejarah menyebabkan kematian khalifah ketiga kerajaan Islam di Madinah iaitu Uthman Affan, yang berpunca daripada fitnah disebarkan kumpulan ekstremis agama.

Penyebaran fitnah turut menjadi penyebab kepada peperangan sesama Islam atau perang saudara ketika zaman pemerintahan Saidina Ali dan zaman selepas itu. Fitnah juga meruntuhkan kekuatan Bani Umaiyah malah, sejarah kejatuhan empayar besar kerajaan Melayu Melaka tidak terkecuali kerana fitnah. Ubat bagi penyakit hati ialah dengan memperbanyakkan taubat dan selalu berzikir.

sumber : imam zul

p/s byk maksud fitnah ni..ok..
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  Hide Tue Oct 21, 2008 3:23 am

terima kasih atas tazkirah yg berkaitan dgn fitnah oleh tok cik tuh.. Sgt berguna utk kita bermuhasabah diri masing2.. Manalatau kalau ada pernah secara sengaja atau pon tidak terjebak dgn gejala fitnah.. Kepada org2 yg terjebak harap2 anda insaf dan memohon maaf kpd empunya individu.. Kpd individu yg berkaitan pula harap2 memaafkanlah rakan2 anda yg memohon maaf tuh.. Buang yg keruh ambil yg jernih.. Masing2 binalah kehidupan dengan lebih baik.. salam ukhuwah..

p/s: ambil pengalaman yg jadi sebagai tauladan dan pengajaran bagi masa depan.. Harap Tok cik dapat huraikan lagi agar sama2 kita bermuhasabah. Berkaitan dengan cara 'bersederhana' harap ada sapa2 leh bagi penerangan dgn meluas.. Kat tajuk yg laen barang kali..

Hide
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  Hide Tue Oct 21, 2008 3:25 am

terima kasih atas tazkirah yg berkaitan dgn fitnah oleh tok cik tuh.. Sgt berguna utk kita bermuhasabah diri masing2.. Manalatau kalau ada pernah secara sengaja atau pon tidak terjebak dgn gejala fitnah.. Kepada org2 yg terjebak harap2 anda insaf dan memohon maaf kpd empunya individu.. Kpd individu yg berkaitan pula harap2 memaafkanlah rakan2 anda yg memohon maaf tuh.. Buang yg keruh ambil yg jernih.. Masing2 binalah kehidupan dengan lebih baik.. salam ukhuwah..

p/s: ambil pengalaman yg jadi sebagai tauladan dan pengajaran bagi masa depan.. Harap Tok cik dapat huraikan lagi agar sama2 kita bermuhasabah. Berkaitan dengan cara 'bersederhana' harap ada sapa2 leh bagi penerangan dgn meluas.. Kat tajuk yg laen barang kali..

Hide
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty budak ppsmp jual badan..

Post  guest Tue Nov 11, 2008 12:35 am

cuba siasat..ada dikalangan pelajar kt sini jual badan!!!

guest
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty budak ppsmp jual badan..

Post  guest Tue Nov 11, 2008 12:39 am

pakai mcm ustazah...ckp ugama pandai....tapi...upenye jual badan..sembang depan public punyalah matang...hipokrit tol..hancur anak bangsa..bakal guru pun jual badan..

guest
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty betol kew nih?

Post  terkejut Tue Nov 11, 2008 6:06 pm

eh.. ko tau mane...?? ko tau mane hah??? .. pandai pandai aja tuduh.. ko tau mane ? ko nampak dengan mate ko kew? tak baik tuduh orang tanpa ada bokti.. lainlaa ko ade bokti.. baru r ko bgtau mcam neh.. taklaaa.. atleast jaga r name bdak2 ppismp neh.. ntah pape laaa ko neh... jgn bukak aib orang.. nanti aib seniri yng terbuka.. kn susah pulak.. kan????? Shocked baik check diri seniri dulu sblom kata kat orang lain.. okehhh??? cat pandai-pandailaaaa nak hedup... asalam.

terkejut
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty budak ppsmp jual badan..

Post  guest Wed Nov 12, 2008 1:30 am

aku ckp serius ni..baik cuba selamatkan kengkawan kita dari terus hanyut...xkan la aku nak kasi bukti..nanti gelap la masa depan minah tu..aku cuma nak suruh korang semua..watla pepe yang patut...ceramah ugama ke.wat rondaan time2 mlm ke...terutama skali..area bilik belakang tempat air RO tuh...xyah aku tunjukkan bukti..nanti kena buang lak minah tu..biarla dia berubah..pasni..jadila seorg guru yang baik...yang lalu tu...kira wat sebagai pengajaran..lepas ustaz basil xde...mcm2 kes telah berlaku..javascript:emoticonp('No')
NoTAK TUMBUH XMELATA..XSUNGGUH XKANLA NAK KATA!!!

guest
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty masyaAllah...

Post  terkejut Wed Nov 12, 2008 8:16 pm

asalam.. aduh.. Mad aku macam tak percaya...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kalaulaaa betol ape yang ko kate neh.. kita tak boleh nak biarkan.. kita kena amek tindakan.. masalahnya.. kitorang pown tak tau saper minah tuh.. tapi,, ko tau kan.. ko laaa yang tolong tarbiyah dier.. kitorang neh tak tahu saper budaknyaaa.. kalo tau.. kitorang boleh tolong2 tengokkan.. aku pown tak taulaa.. kita kena jaga semua neh.. kita kan ada agama , kita kena kuat dan berpegang teguh dengan agama kita.. takkkan kita nak biarkan macam neh sajer .. tak paaaa,, nanti kita usahakan macam mana nak buat.. ok guest??? Very Happy

terkejut
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty ape da...

Post  rain Fri Nov 28, 2008 5:17 pm

erm....
yang aku bace...
perhubungan yang diisi dgn maksiat,maka akan hancur hubungan 2 suatu ketika..
hahaha..
lu pikir la sendiri...
otak dah makin besar,xkan akal masih besar mcm dlu..
wacaaaaa....
lg satu...
pandai nasihat orang,tp tgk la diri sendiri dulu..
kalo xberkapel pon,belum tentu awk 2 terhindar dari maksiat..
xkapel,tp ade yang dok usha pmpn...
rambut same2,hati lain2...
dok sembang die yang bek,die yg xkapel...die yg xwat maksiat...
cermin la dulu ye...
so cikgu2,pikir la ye...
PA,BM,MT,PJ,PRA,SC,PC,PT = semua cikgu..
bye2... lol!

rain
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty guest tingkat!!

Post  sood Fri Nov 28, 2008 5:21 pm

wei guest...
agak2 la...
ang ni,kalo ang nak wat citer 2 bek ang p hep je...
mulut....adoyai...
ppismp 2 mcm ramai la plak kan..
asal xckap pismp je...?
deakin ke...?
oum ke..?
ko ckap la semua...
mcm ha***....
ish...
ko xyah la nak wat citer,g la hep kalo ko 2 nak buka pekung orang!! lol!

sood
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  sinchan Fri Nov 28, 2008 8:43 pm

mcm susah nak cayer ar ceta tuh..cikgu lak tuh.. maybe ade xpuas ati kot..
toksah ler anti couple or support couple ker aper.. be your self kan senang..
tp jgn jd gay or lesb dah ler, kehkehkeh..

sinchan
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Bace La

Post  orang ka Tue Dec 16, 2008 10:55 pm

Percampuran yang diharuskan
Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu untuk bergaul dan berinteraksi. Kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi.
Perkara-perkara itu adalah:

1. Perkara-perkara Dharuriat
2. Perkara-perkara Hajiat

Perkara-perkara Dharuriat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contohnya adalah:
1. Menemani seorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai
2. Melarikan seorang perempuan untuk menyelamatkannya

Perkara-perkara Hajiat
Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. Di antara contoh-contohnya adalah:
1. Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak 5. Kerja-kerja kehakiman
2. Persaksian 6. Amar makruf nahi mungkar
3. Melayan tetamu pada batasnya 7. Dalam kenderaan awam
4. Kerja-kerja jihad 8. Belajar dan mengajar


Adab-adab Pergaulan Lelaki dan Wanita

Adab yang perlu dijaga oleh pihak lelaki adalah:
1. Ucapan yang makruf dan sopan
2. Menundukkan pandangan
3. Tidak berhimpit-himpit
4. Tidak berkhalwat
5. Menghindari tempat syubhat

Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:
1. Iltizam dengan pakaian Islam
2. Ucapan yang tidak dilunakkan atau bermanja-manja
3. Menjaga pergerakan

orang ka
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty erm

Post  hippo Tue Dec 16, 2008 11:16 pm

btul 2 orang kay ak stuju sgt ap yg ko pos 2.tp ak pun x phm sgt ap yg ko tls 2. pasal topik ni aku ade cdgn sket la .cinta 2 kan fitrah manusia mana ada kita bley paksa kita sok kt seseorang mlainkan bnda 2 dtg sndiri mgetuk pintu hati,mmg hati kata nak cepat kita klau bole la la 2 jgk nk bgtau kt org yg kta suka 2 yg kta suka kt dia.tp sabaq dlu tgu la.sbab apa aku tgok rmai jgk bdak2 iptb yg kapel ni x thn lama x tau la x berkat kot mgkn x ikhla s jgn mara.sbab bnyk jgk la ak tgok.pade yg bru masuk 2 ak nasihatkn kt korang sabar la dlu, korang 2 lame lg kt sini mane tau jd ap2 kn korang jgk yg kecewa dan mengecewakan org lain. Mungkin kte bley cadg utk wt BAITUL MUSLIM kt iptb ni macam yg ade kt U.

pasal bdak2 pa plak.

Btol jgk ade jgk bdak pa yg teroverlg over pd bdak klas ak.2pendapat ak je la korang x stuju nasib la.tp x semue la ade jgk yg btol2 baek.aku tabik la kat diorang ni.
Tp kn 1 je aku nk tegaskan bhwa Bdk pa 2 pn ade nafsu jgk mcm kte jgk so xsmestinya yg name bdk pa 2 baek tp slalunye bdak pa ni mmg dianggap baek so ble ade 1 je masalah yg diorg buat mesti la kite nampak kn, tp klau bdak bkn pa yg buat Masalah 2 kite xnampak pon .so ni satu sikap kte yg kte kne ubah sbab ape ,Allah SWT xpandang kite ni klas ap,ko Klas BM ke ,MATH ke,SAINS ke , DEAKIN ke, BA ,PA,KS PJ ke TAPI ALLAH PANDANG TAQWA.k SALAM

hippo
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty BARANG BAIK PUNYA

Post  MATSU Tue Dec 16, 2008 11:23 pm

kpd yg terase cepat2 la berubah.

budaya bercouple di maktab - Page 9 Cinta+1
budaya bercouple di maktab - Page 9 Cinta+2

MATSU
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  MATSU Tue Dec 16, 2008 11:27 pm


MATSU
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty change..

Post  org Tue Dec 16, 2008 11:56 pm

dah masuk tahun baru nih kena ler berubah.. Umo masing2 dah tua.. Getting old dah.. nak x nak kena gak berubah.. Dah namanya nak jadi cikgu, kena ler tunjuk cth yg baik utk anak bangsa. Salam taun baru.

org
Tamu


Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  TOKCIK Tue Dec 30, 2008 8:37 pm

assalamualaikum..

tokcik mintak maaf ye..

tokcik rasa artikel di bawah ni berguna..dari www.hanan.com.my

"Bismillahirrahmanirrahim...
Nak couple boleh tak?

Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.


Apa Itu Ber ‘couple’?

Ber ‘couple’ merupakan suatu tradisi atau budaya yang telah dibudayakan oleh masyarakat remaja kini. Bermula dengan saling berpandangan mata, kemudian turun ke hati. Kemudian mereka akan saling mengutus senyuman dan cinta mula berputik. Bila rasa dah cukup sedia, masing-masing mula ‘masuk line’. ada yang berbalas-balas nota, bagi yang lebih ‘advance’, teknologi SMS digunakan. Akhirnya apabila dua insan berlawanan jantina ini sudah saling suka-menyukai, mereka akan mengisytiharkan ikatan percintaan mereka dan kemudian ber‘couple’.

Pasangan kekasih ini akan merapatkan hubungan mereka serapat-rapatnya. Kalau di kelas, buat study group ataupun group discussion. Bagi yang kreatif, kad-kad ucapan ‘hand made’ yang pelbagai warna dan rupa akan dikirimkan. Bagi yang mengikuti peredaran semasa, teknologi SMS akan dimanfaatkan sepenuhnya. Kata ganti diri pada asalnya aku-kau ditukar kepada saya-awak, atau bagi mereka yang lebih intim, abang-sayang dan sebagainya.

Kalau diperhatikan pasangan-pasangan yang sedang asyik dilamun cinta ini,hidup mereka tidak menentu, diibaratkan ‘makan tak kenyang,tidur tak lena, mandi tak basah’. Ungkapan-ungkapan cinta seperti ‘sayang awak’, ‘love you’, ‘miss you’ dan sebagainya akan menjadi sebahagian ucapan harian mereka. Sentiasa ceria dan tersenyum gembira, mengenangkan Si Dia yang datang bertandang ke hati. Ada pasangan yang serius, sampaikan sanggup berjanji nak sehidup-semati. Sanggup bersumpah, setia hingga ke akhir hayat. Ada juga yang hanya sekadar bermain-main, untuk suka-suka, dan sebagainya. Ringkasnya, pelbagai ragam yang boleh dilihat daripada pasangan yang ber‘couple’ ini. Ada yang boleh meneruskan hubungan hingga ke jinjang pelamin dan ada juga yang kecundang di pertengahan perlayaran di lautan percintaan masing-masing.


Mengapa Ber’couple’ Haram?

Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber ‘couple’, sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber ‘couple’? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36:

“Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.”


Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.”

Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah dalam Surah An-Nur(24) ayat 30:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.".

Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman dalam Surah An-Nur(24) ayat 31: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...”.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”


Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab, “Kami tidak berzina. Kami berbual-bual saja” , “Kami keluar makan saja” dan “Kami main SMS saja.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W? Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah .a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

“Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti"


Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah .a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”

Daripada dua hadis ini, jelas Rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, kecantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber ‘couple’ adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty apa yg patut di lakukan?-www.hanan.com.my

Post  TOKCIK Tue Dec 30, 2008 8:41 pm

Apa Yang Patut Dilakukan?

Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.


Bagi pasangan-pasangan yang benar-benar serius, diingatkan, semakin manis hubungan sebelum berkahwin, semakin tawar hubungan selepas menjadi suami isteri nanti. Lihatlah ibu-bapa serta atuk nenek kita, keutuhan rumah tangga mereka boleh dilihat sehingga kini tanpa melalui zaman percintaan yang diimpikan remaja-remaja kini.

Setiap dari kita tentu mengidamkan pasangan hidup yang baik. Kita tidak mahu pasangan kita seorang yang tidak beriman. Seburuk-buruk perangai manusia, dia tetap menginginkan seseorang yang bain sebagai teman hidupnya.


Firman Allah dalam Surah An-Nuur(24) ayat 26:

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Janji Allah, dia akan mengurniakan kepada lelaki yang baik-baik dengan perempuan yang baik-baik. Begitulah sebaliknya. Allah akan berikan yang baik, denagn syarat, kita juga berusaha menjadi baik serta meilih jalan yang baik serta diredhai-Nya. Bagaimana hendak mendapatkan sebuah keluarga yang bahagia serta diredhai Allah jika pokok pangkal permulaannya sudah pincang, tidak berlandaskan Islam serta tidak diredhai Allah? Mungkin pada mulanya kita menganggap perkara yang kita lakukan ini cukup baik, niatnya baik, caranya pun kita rasakan cukup baik.tetapi sebenarnya, ia adalah rencana syaitan yang membuatkan kita kabur memandang perbuatan yang kita lakukan itu.

Firman Allah dalam Surah Al-‘ankabut(29), ayat 38:

“Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”.


Sebenarnya, dalam Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bergaul terlalu rapat, sehingga menjadi teman karib dan sebagainya. Lelaki tidak boleh mengahampiri perempuan dan perempuan tidak boleh menghampiri lelaki sesuka hati tanpa sebab. Tetapi Islam membenarkan apabila ada keperluan dan tujuan yang benar-benar perlu. Misalnya apabila ditugaskan mengadakan perbincangan dalam kumpulan besar yang melibatkan lelaki dan perempuan atau perlu berbincang mengenai sesuatu yang penting. Untuk berbual-bual kosong atau bergurau senda tanpa tujuan tertentu adalah tidak dibenarkan. Apatah lagi untuk saling meluahkan perasaan dan sebagainya. Cukuplah kaum sejenis sendiri untuk dijadikan teman karib dan tempat berbincang masalah.

Perasaan suka dan cinta adalah dua perkara yang berbeza. Tak salah bagi seseorang lelaki untuk menyukai seseorang perempuan dan seseorang perempuan menyukai seorang lelaki. Tapi, perasaan ini tidak boleh dilayan dan difikir-fikirkan kerana ianya merupakan hasutan syaitan yang membawa kepada zina hati. Sepatutnya apabila kita terfikir mengenai perkara-perkara ini, kita hendaklah menepisnya dan berhenti terus daripada memikirkannya.

Firman Allah dalam Surah Al-A’raf ayat 201:

“Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”


Para pembaca diingatkan, semua hujah-hujah yang telah diberikan adalah berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah, perintah Allah dan Rasul-Nya. Jika kita menolaknya, sebenarnya kita menolak perintah Allah dan Rasul. Na’uzubillah.

Firman Allah dalam Surah Al-Anfal(Cool, ayat 20-22:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya, dan janganlah kamu berpaling daripada-Nya, sedang kamu mendengar (perintah-perintah-Nya),(20) dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata: "Kami mendengarkan, padahal mereka tidak mendengarkan.(21) Sesungguhnya makhluk bergerak yang bernyawa yang paling buruk pada sisi Allah ialah orang-orang yang pekak dan tuli (tidak mendengar dan tidak memahami kebenaran) yaitu orang-orang yang tidak mengerti.(22).


Orang yang paling buruk dalam pandangan Allah ialah mereka yang tidak mahu menuruti perintah-perintah Allah. Janganlah kita tergolong dalam golongan ini. Balasan bagi golongan ini ialah neraka jahannam seperti firman Allah dalam Surah Aj-Jaatsiyah(45) ayat 7-11:


“Kecelakaan yang besarlah bagi tiap-tiap orang yang banyak berdusta lagi banyak berdosa,(7) dia mendengar ayat-ayat Allah dibacakan kepadanya kemudian dia tetap menyombongkan diri seakan-akan dia tidak mendengarnya. Maka beri kabar gembiralah dia dengan azab yang pedih.(Cool Dan apabila dia mengetahui barang sedikit tentang ayat-ayat Kami, maka ayat-ayat itu dijadikan olok-olok. Merekalah yang memperoleh azab yang menghinakan.(9) Di hadapan mereka neraka Jahanam dan tidak akan berguna bagi mereka Sedikit pun apa yang telah mereka kerjakan, dan tidak pula berguna apa yang mereka jadikan sebagai sembahan-sembahan (mereka) dari selain Allah. Dan bagi mereka azab yang besar.(10) Ini (Al Qur'an) adalah petunjuk. Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Tuhannya bagi mereka azab yaitu siksaan yang sangat pedih.(11)”


Akhir sekali, ambillah Islam secara syumul,bukan hanya ambil Islam pada perkara yang disukai, tetapi kita tinggalkan sebahagian yang lain yang tidak sesuai dengan kehendak kita. Firman Allah dalam Surah An-Nisaa’(4) ayat 150-151 :

“ Sesungguhnya orang-orang yang kafir kepada Allah dan rasu-rasul-Nya, dan bermaksud memperbedakan antara (keimanan kepada) Allah dan rasul-rasul-Nya, dengan mengatakan: "Kami beriman kepada yang sebahagian dan kami kafir terhadap sebahagian (yang lain)", serta bermaksud (dengan perkataan itu) mengambil jalan (tengah) di antara yang demikian (iman atau kafir),(150) merekalah orang-orang yang kafir sebenar-benarnya. Kami telah menyediakan untuk orang-orang yang kafir itu siksaan yang menghinakan. (151).





Kembalilah ke jalan yang lurus. Tinggalkanlah perkara-perkara maksiat yang telah kita lakukan sebelum ini. Bertaubatlah sementara kita masih ada kesedaran, jangan tunggu sampai kita dibiarkan sesat oleh Allah sehingga hati kita tertutup untuk menerima kebenaran, Surah Aj-Jaatsiah(45) ayat 23:

“ Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?”


Memang pada mulanya untuk meninggalkan maksiat-maksiat ini amat susah, tetapi,ia masih wajib kita tinggalkan. Ingatlah Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah(2) ayat 216:

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”


Sekali lagi ditegaskan, bercinta sebelum berkahwin dan ber‘couple’ adalah menghampiri zina. Ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam dan hukumnya adalah HARAM. Wallahua’lam.
TOKCIK
TOKCIK

Jumlah posting : 87
Join date : 12.09.08

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  toksiak Fri Jan 23, 2009 11:23 am

ceh..nyesal betul tak take part dlm forum ni tahun lepas...
toksiak
toksiak

Jumlah posting : 19
Join date : 23.01.09

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  T-Max Fri Jan 23, 2009 9:20 pm

toksiak wrote:ceh..nyesal betul tak take part dlm forum ni tahun lepas...
yeke ...abis siapa yg pakai nick toksiak tu eh??anyway lum terlibat tok...
T-Max
T-Max

Jumlah posting : 455
Join date : 17.02.08
Age : 66
Lokasi : In front my screen

http://forum.eleganeers.net/index.php

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  socrates Fri Jan 23, 2009 11:50 pm

toksiak wrote:ceh..nyesal betul tak take part dlm forum ni tahun lepas...

lambat dapat petunjuk...
ahaksss.... Laughing
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  toksiak Sun Jan 25, 2009 11:25 am

gts200 wrote:
toksiak wrote:ceh..nyesal betul tak take part dlm forum ni tahun lepas...
yeke ...abis siapa yg pakai nick toksiak tu eh??anyway lum terlibat tok...

ada yg penah pakai ka...?yg aku prasan TokCik adala...
klu ada yg penah pakai,kira halai ar aku guna nooo.....
cuma tak mau tanggungjawab la utk yg lepeh2...
toksiak
toksiak

Jumlah posting : 19
Join date : 23.01.09

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Valentine’s Day??

Post  nurcahaya Thu Feb 12, 2009 11:41 pm

Valentine’s Day- Apa pandangan Islam?

VALENTINE’S Day atau ‘Hari Kekasih’ sebagaimana yang difahami ialah hari di mana dua orang yang berkasih sayang atau sepasang kekasih yang bercinta meraikan percintaan dan kasih sayang. Budaya ini disambut setiap tahun pada 14 Februari.
Tidak dinafikan manusia suka dikasihi dan mengasihi di antara satu sama lain. Golongan remaja adalah golongan yang sering kali dikaitkan dengan soal percintaan. Cuma lumrahnya mereka mudah terikut-ikut serta taksub dengan pengaruh yang dibawa oleh orang-orang barat.
Ruangan Irsyad hukum kali ini akan membicarakan sama ada Valentine’s Day munasabah disambut sebagai hari kekasih atau tidak.
Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Walaupun berada dalam penjara, Valentine tetap berusaha mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara melepaskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Raja Rom dan beliau diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.
Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Beliau disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya.
Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati di antara seorang hamba dengan tuhannya dan dengan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu).
Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka Valentine.
Berdasarkan penerangan di atas, adalah jelas bahawa tidak ada istilah Hari Kekasih atau Valentine’s Day dalam Islam. Hakikatnya, adalah tidak boleh orang-orang Islam menyertainya kerana hari tersebut adalah hari perayaan bagi orang-orang Kristian.
Memang Islam sangat menggalakkan umatnya supaya berkasih sayang di antara satu sama lain akan tetapi untuk meluahkan kasih sayang di antara seorang lelaki dan perempuan perlu melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak bukan yang menggalakkan kepada perkara-perkara yang mendorong atau merangsang kepada yang dilarang dan maksiat.
Realitinya, Islam adalah agama yang praktikal, bukan mengongkong. Islam agama yang mengatur kehidupan dengan lebih sempurna. Islam tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang di antara umatnya.
Dalam Islam ada tiga kategori kasih:
• Pertama, kasih Pencipta (Allah Subhanahu wataala) kepada hamba-Nya;
• Kedua, kasih hamba kepada Pencipta dan
• Ketiga, kasih makhluk sesama makhluk.
Banyak ayat-ayat Al-Quran dan hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan mengenai hikmat dan besarnya faedah berkasih sayang.
Allah Subhanahu wataala menjelaskan tentang keagungan nikmat-Nya kepada ma-khluk-Nya melalui nikmat kasih sayang; yang tafsirnya:
“Dan (Dialah) yang menyatupadukan di antara hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di muka bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatupadukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatupadukan di antara (hati) mereka.” (Surah Al-Anfaal: 63).
Dan tafsirnya lagi:
“Lalu Allah menyatukan di antara hati (sehingga kamu bersatu padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” (Surah Ali Imran: 103).
Dengan penjelasan ayat di atas bahawa Allah Subhanahu wataala sangat mencela dan mengingatkan dengan keras tentang perpecahan sesama makhluk. Allah Subhanahu Wataala juga memerintahkan umat Islam supaya sentiasa berpegang teguh dengan agama Allah dan dilarang berpecah belah dan bermusuhan.
Kasih sesama makhluk pada sifatnya adalah tidak kekal, ia bergantung kepada keadaan, tetapi kasih hamba kepada pencipta-nya dengan iman dan takwa, manakala kasih Pencipta kepada hamba berkekalan. Hal in jelas sebagaimana firman Allah subhanahu wataala yang tafsirnya
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui.” (Surah Ali Imran: 31).
Oleh itu sebaik-baiknya hendaklah setiap orang Islam khasnya golongan remaja tidak terikut-ikut dengan budaya ‘Hari Kekasih’ yang dicipta oleh orang-orang Kristian, sebaliknya hendaklah menumpukan masa dan waktu kepada Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua pekara yang mendatangkan manfaat yang matlamat akhirnya menghidupkan cinta kepada Allah Subhanahu Wataala.
‘HARI Kekasih’ yang dibawa oleh orang-orang Barat tanpa disedari bertujuan untuk melekakan dan merosak akhlak masyarakat Islam, kerana senario menyambut ‘Hari Kekasih’ berlaku di kalangan remaja Islam. Sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu apa yang lebih membimbangkan bukanlah setakat berutus-utus kad ucapan dan hadiah, atau meraikannya di kelab-kelab disko, tetapi kemungkinan adanya segelintir remaja yang sanggup menghadiahkan kehormatan diri demi membuktikan kesetiaan.
Bagi menjelaskan masalah sebilangan remaja yang begitu mudah terpengaruh dengan budaya asing, Al-Quran memberi pengajaran dan ingatan kepada umat Islam, bahawa orang Yahudi dan Kristian akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut kehendak mereka. Allah Subhanahu Wataala berfirman yang tafsirnya:
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar.” Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu. Orang-orang yang kami berikan kitab kepada mereka, sedang mereka membacanya dengan sebenar-benar bacaan (tidak mengubah dan memutar-belit maksudnya), mereka itulah orang-orang yang beriman kepadanya; dan sesiapa yang mengingkarinya maka mereka itulah orang-orang yang rugi.’’ (Surah Al-Baqarah: 120-121)
Ayat ini memberi pengajaran kepada umat Islam bahawa orang-orang Yahudi dan Nasrani itu akan terus berusaha sedaya upaya untuk memperdaya orang-orang Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka.
Berbagai-bagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian orang-orang Islam, dan kerana ramai yang tidak menyedari hakikat ini maka bukan sedikit dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka, semata-mata dengan alasan menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bersalahan dengan ajaran Islam dan bertentangan dengan akhlak dan budi pekerti yang mulia. Hakikat ini wajib diketahui dan disedari; mana-mana yang terlanjur, wajib kembali ke jalan yang benar.
Oleh itu, sebagai orang Islam kita hendaklah membuat sesuatu perkara itu dengan mengikut landasan Islam yang sebenar. Mengamalkan adat dan budaya Melayu yang sopan lagi tertib tidaklah salah asalkan tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.
Islam sangat menitikberatkan soal remaja di antaranya bagaimana mengarah hala tuju tentang percintaan. Rasulullah Sallallahu alaihi wasallam ada menyebutkan bahawa tujuh golongan manusia yang akan mendapat perlindungan atau lembayung Allah antaranya: Pemuda atau remaja yang sentiasa beribadat kepada Allah tidak kira pagi, petang, siang atau malam; seorang laki-laki apabila diajak oleh perempuan yang cantik jelita dan kaya raya untuk melakukan maksiat, dia menolak kerana takutkan Allah, sebagaimana Baginda bersabda yang maksudnya:
“Tujuh orang yang dilindungi oleh Allah dalam naungan-Nya pada hari tidak ada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: Imam yang adil, pemuda yang selalu beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa terpaut kepada masjid, dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak oleh perempuan yang kaya dan cantik melakukan maksiat, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada Allah,” seorang laki-laki yang sentiasa bersedekah dengan sembunyi-sembunyi sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah dinafkahkan oleh tangan kanannya, dan seseorang yang sentiasa ingat kepada Allah (berzikir) di tempat yang sunyi sehingga matanya mengalir air mata.” (Hadis riwayat Bukhari).
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa pemuda dan remaja yang hebat itu ialah pemuda yang tahan ujian dan mempunyai jati diri serta tidak mudah terpengaruh semata-mata cinta dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala.
Selain itu, Allah Subhanahu Wataala memberikan ganjaran dan petunjuk kepada orang-orang yang beriman dan takut kepada Allah Subhanahu Wataala dengan membuat perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang-Nya. Perkara ini jelas sebagaimana kisah ashhab Al-Kahfi disebutkan dalam Al-Quran, Allah berfirman yang tafsirnya:
“Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar: Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.” (Surah Al-Kahfi: 13).
Harus diingat mengamal dan mengikut budaya asing, terutamanya di dalam meraikan hari-hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan tersebut, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran kerana perkara-perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak orang-orang Islam bahkan boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka.
Sumber: Brunei Darussalam Mufti’s Office

nurcahaya

Jumlah posting : 7
Join date : 29.01.09
Age : 37
Lokasi : penang

http://hanan.com

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  socrates Wed Apr 29, 2009 10:45 am

aku rasa ramai dah yg tak sambut perayaan alah ni...
kebanyakan pun dah tau hukum dan apa sebenaqnya disebalik perayaan tu...
stakat nak bg2 hadiah tu, takyah la tunggu tarikh 14 Feb...
kita ada 365 hari,so anytime je nak bagi... Laughing
socrates
socrates

Jumlah posting : 285
Join date : 18.08.08
Lokasi : Anywhere but Here...

http://www.ahmadmuzani.blogspot.com

Kembali Ke Atas Go down

budaya bercouple di maktab - Page 9 Empty Re: budaya bercouple di maktab

Post  Sponsored content


Sponsored content


Kembali Ke Atas Go down

Halaman 9 dari 10 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10  Next

Kembali Ke Atas

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
Anda tidak dapat menjawab topik